"Mak nak Camry"

9:21:00 PM


Sehingga para PEMUDA mengerti..!!

Buku "hatta ya'lamu as-SYABAB" yang ditulis oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan telah siap saya baca.Cuma belum sempat saya hadam.Pada saya begitu jauh beza membaca dan menghayati.Saya boleh baca banyak buku dalam masa satu hari tapi bila masa nak hadam kan satu-satu tajuk kadangkala makan masa sehari dua untuk satu ayat jer.Tapi saya syorkan lah buku ni untuk para PEMUDA yang memilih Allah matlamat utama,Rasul sebagai ikutan,al-Quran sebagai perlembagaan,Jihad adalah jalan dan mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi.Buku ni nipis je.Satu hari memang dah boleh habis baca.Satu kata-kata pujangga tentang CINTA kepada ALLAH yang benar-benar menyentuh hati saya dan bakal terkesan sampai mati adalah ini
 moga-moga Engkau redha,sekalipun seluruh makhluk benci kepadaku, moga-moga hubungan antara Engkau dan daku sentiasa subur walaupun antaraku dan seluruh alam ini bermusuhan."Apabila telah benar Cintaku kepadaMU..maka seluruh perkara adalah mudah, Dan setiap sesuatu di atas TANAH ini adalah TANAH jua"
Saya memandang ayat pujangga yang highlight merah tu lama sehingga saya tidak perasan ada butiran jernih bertakung di mata saya.Benar..saya cuma TANAH dan kepada TANAH juga saya akan dipulangkan.Layakkah kesombongan menapak dalam hati insan yang berasal dari TANAH,apatah lagi dari air mani yang hina.Teringat saya kata-kata Ucapan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ..
"Adapun kita Pemuda-Pemuda PAS,kita bukan org politik,kita bukan org tarbiyyah,kita bukan pendakwah tetapi Pemuda-Pemuda PAS adalah Pemuda Rabbani,Pemuda Ansorullah yg merangkumi seluruh kepentingan Islam termasuklah politik,tarbiyyah,dakwah dan segala-galanya melengkapi kesyumulan Islam itu sendiri.
itulah kefahaman yang ingin saya tanamkan buat para pejuang/mahasiswa/mahasiswi sekalian dalam post yang lalu bahawa PEJUANG sebenar adalah PEJUANG yang jiwanya RABBANIAH..bukan hanya semata PEJUANG POLITIK..!!PEJUANG DAKWAH..!!PEJUANG SUNNAH..!!PEJUANG DEMONSTRASI..!!PEJUANG JALANAN..!!Jadilah PEJUANG yang syumul bukannya separuh-separuh.Jangan hanya mengambil sunnah nabi separuh,sunah yang lain ditinggalkan.Jangan hanya jadikan perkahwinan itu sunnah,kahwin lebih satu itu sunnah,kahwin dengan janda itu sunnah seolah sunnah habibullah itu hanya dilihat pada persoalan rumahtangga dan nafsu semata.selidiki semula adakah makan kita sepertimana nabi,solat kita sepertimana solatnya nabi,pakaian kita sepertimana pakaian nabi,akhlak kita adakah seperi akhlak nabi,CINTA kita adakah sama dengan CINTA nabi kepada kita dan banyak lagi.(Renungan buat diri ini terutamanya)

Aku terima Nikahnya

Buku tulisan ustaz hasrizal ni memang dah lama saya mengidam nak beli untuk koleksi saya sendiri.Ingatnya nak minta imam saya belikan tapi tengok tanda-tanda rasanya lama lagi imam saya nak datang ni.Kalau datang pun entah sudah terbuka hati ataupun masih terkunci rapat. Wanita ini hatinya mudah rapuh..mudah bengkok.Ok.Alhamdulillah rezeki lebih, jadi saya dapatlah beli buku tulisan ustaz hasrizal ni yang edisi istimewa.Sebenarnya buku ni bukan sesuai untuk yang sudah berkahwin jer malah yang single dan para remaja memang dah patut beli buku ni.Bukan nye menggatal sangat nak kahwin.hurm..susah betul nak betulkan persepsi orang kita sekarang yang bila nampak beli buku kahwin jer dah gatal nak kahwin.ish3x..Ada banyak cerita-cerita yang menjentik hati saya.Maklumlah walaupun belum lagi menjadi ibu,ummi tapi pengalaman menjaga anak-anak kakak dan abang serta anak-anak murid sewaktu mengajar di tadika dulu memang sangat membantu saya memahaminya.Dalam satu tajuk"dalam derita ada bahagia" ustaz ada menyatakan kenapakah dia menulis semua ini..??jawapannya
Supaya anak muda yang gatal berCINTA dicelah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan.Jika menolak ZINA pun jadi kePAYAHan ,halaulah dirimu daripada CINTA dan perKAHWINan.Bosan saya melihat JIWA LEMAH yang merengek-rengek meminta IHSAN.Jika mahu berCINTA,jangan hanya merancang hanya ke pelamin,MAsukkanlah sekali urusan lampin kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine.
Ustaz cakap lagi nak uji,ujilah sebelum kahwin.tanyakan pada si dia.Adakah mampu menerima saya jika 1 hari nanti saya sakit??masihkah I LOVE U terungkap dibibir manis.Tanyakan lagi sekiranya sebelum kahwin kurus,sesudah beranak 2 badan bagai dipam-pam..masihkah bicara "wajahmu umpama rembulan" meniti dibibir si dia..? Tanyakan lagi jika dulu wajah kita putih mulus,kini dah tua kerepot masihkah janji SEHIDUP SEMATI dipegang..??dan banyak lagi lah ustaz tulis dekat situ.Jika jawapannya semua tidak sanggup,lupakanlah si dia.remove kan sahaja dari list anda dan rakan-rakan anda. Kerana itu bermakna CINTAnya tidak berpasakkan Allah sebaliknya itu hanyalah CINTA NAFSU semata-mata.

Mak nak Camry
Saya tersenyum panjang.Meleret sampai ke telinga.sehingga orang kata "apa kena budak ni"hehehe.Setiap kali ingin pulang ke kampung,saya sudah bersedia memberi ruang pada minda saya untuk mendengar,mendengar dan mendengar.Tidur lambat sampai pukul 1-3 pagi sudah biasa kerana ingin jadi pendengar yang setia.tengah sibuk bersembang pasal anank-anak buah yang rindu dekat saya kan kan tiba-tiba mak tukar topik"mak nak CAMRY"..ha..??apa mak..? CAMRY ke KENARI??saya cuba menangkap semula.Iye..mak nak ani(emak membahasakan diri saya) beli CAMRY."Permintaan mak tu saya balas dengan senyuman.Tercuit hati anak ni..begitu lama mak menjaga saya,sembilan bulan entah berapa hari dalam perut mak,kemudian 24 tahun membesarkan saya akhirnya mak membuat satu lagi permintaan comel iaitu mak nak CAMRY.dalam hati.."mak.mak..punya banyak kereta..CAMRY juga mak nak..hihi"

Saya suka bila mak atau arwah ayah dulu minta sesuatu pada saya.Itu bermakna saya wujud dalam hati mereka.Bak kata ustazah kita ni anak, sebenarnya tak ada hak pun walau satu sen kat harta/gaji kita.Kalau mak ayah kita nak minta semuanya kita memang kena bagi.Tapi cuba lihat apa yang mak ayah kita buat.Mereka suruh kita simpan buat tabungan masa depan.Kalau minta pun cuma sedikit je.Itupun kita merasakan Ya Allah kalau bagi dekat mak ayah habislah berkurang duit aku.padahal mak ayah minta rm50.mahal lagi telifon bimbit kita.mahal lagi bulanan kereta kita,mahal lagi kasut dan baju yang kita pakai.Betul tak?Kembali pada cerita asal.

Saya cakap CAMRY tak mampulah ani nak beli mak.saya masih tersenyum menanti jawapan mak.Mak menyambung: "manalah tahu tiba-tiba Allah bagi rezeki lebih dapat ani bawa mak naik kereta CAMRY" yes..umpan sudah mengena.hati saya sudah meng" ameen" kan.Bukankah setiap patah kata ibu itu satu doa??hihi.Cool dan relaks kan idea saya nak minta mak doakan sesuatu.Dan saya bersyukur mak saya tidak menetapkan nak kereta toyota CAMRY tu sekarang atau bulan depan ker(huh naik pengsan saya.mana nak korek duit.ngeh3x).Dalam hati saya sekurang-kurangnya kalau tak sempat belikan waktu dekat dunia..saya akan struggle jadi anak yang solehah untuk mak.Semoga bila depan Allah nanti(berangan la ni kan)..bila Allah tanya nak apa..saya dengan rendah dirinya dan malu-malu tersenyum macam kambing tu kan kan minta.."hamba nak kereta toyota CAMRY nak bagi dekat mak.."berangan jer lebey kan.insyaALLAH.

Tercuit lagi hati sebab dulu time kita kecik,kita selalu minta dekat mak ayah benda yang tak masuk akal.Mustahil untuk direalisasikan.Ada yang nak ada kapal terbang,ada yang nak jadi puteri raja,ada yang nak jadi ultraman,superman,Cinderella dan bermacamlah.Tapi mak ayah kita anggukan dan turutkan saja dengan senyuman dan kata-kata semangat dan pujukan.masya ALLAH..Sebab apa..??Sebab SAYANG kat anak.Jadi sebab SAYANG dekat mak..saya angguk kan juga.masih lagi tersenyum dengan permintaan mak.rasa BAHAGIA..BAHAGIA bila dapat memberi.BAHAGIA bila jadi insan yang memberi.Apatah lagi kepada ibu sendiri.

untuk mak/ummi/mama/ibu..insyaALLAH mak.kalau kita ikhlas berjuang dijalan Allah bukan setakat kereta toyota CAMRY..yang lebih hebat dari CAMRY pun mak boleh dapat :)  Rumah besar telah saya pohon untuk mak disyurga nanti waktu mak kena pindah rumah haritu.Saya kata mak sabar ye..nanti Allah hadiahkan rumah lagi cantik kat syurga.dalam nada memujuk.Dalam hati saya berkata-kata mak mintalah apa-apa lagi yang mak nak..dengan itu saya tahu bahawa saya ini wujud dalam hati dan ingatan mak.Okeh..dah berazam ni CAMRY untuk mak disyurga nanti.

nota kaki: bila kita ditimpa kesakitan,ramai org duk kata bersabar ye.mengucapkan SABAR itu mudah menghadapi SABAR itu yang perit dan payah.Bila kita ditimpa banyak ujian bertimpa-timpa..ada pula orang yang cakap keluarga tu ditimpa sial,bernasib malang dan sebagainya.Seorang kawan ayah yang meninggal kerana gantung diri disebabkan disihir dulu menerima tohmahan seperti itu.Jangan kahwin dengan anak dia.nanti tak silap-silap engkau pun mati gantung diri.astagfirullah al adzim..Seolah-olah Allah itu kosong dalam diri mereka.Teman-teman yang saya kasihi,Lalu saya tanyakan pada hati..ketika Rasulullah diuji,dibaling dengan najis,dilempar batu,diludah dan sebagainya adakah itu tandanya baginda bernasib malang??ketika nabi ayyub di uji dengan kesakitan..adakah itu bermakna dia itu pembawa sial??ketika Ceteknya fikiran orang-orang melayu ni.Adakah dia tahu DERITA itu,DUGAAN itu memang wajib ada dalam KAMUS HIDUP orang yang CINTAKAN ALLAH dan RASULULLAH..??Saya pujuk diri saya..La tahzan..ALLAHu ma'ana.Senyum meski derita kerana itu tandanya halawatul eeman.
post signature

You Might Also Like

4 strawberries yummy

  1. Terasa sgt kecil bila baca entry ni. moga Ain dapat apa yg Ain nak

    ReplyDelete
  2. hazal..bila grad??terasa kecil..??xsilap ain En Hazal mmg kurus dan kecil pun orangnya.makan banyak sikit eh :)

    ReplyDelete
  3. Eh buat lawak pulak dia. Saya memang kurus tapi tak kecil ya. tinggi. terasa kecil tu maksudnya tu setiap apa yg ain buat tu menjurus kepada mencari keredhaan Dia. nak dibandingkan dengan saya memang jauh sgt.

    hazal grad bulan 7 tak silap. InsyaAllah lah.
    Sebut pasal makan, boleh ke makan byk? tak bertentangan dengan sunnah ke?

    ReplyDelete
  4. amboi,pekena kita balik pulak.ok dah tu physical.saja mengusik.minum susu dutch lady kan tu yang tulang kuat.

    Rasulullah pun melawak juga.ada masa serius..ada masa bergurau.kalau idup serius memanjang,boleh putus semua urat kat kepala sebab stress.hehe.

    all d best..!!

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images