Nadzofah 3.0

11:21:00 AM


Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)
Assalamualaikum wbt.Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya masih hidup hari ini selepas setengah mati berhimpun di Bersih 3.0.Tidak tahu entah mana saya dapat kekuatan hingga antara muslimat yang berada di bahagian hadapan selepas lelaki di kawasan dataran MERDEKA.Bila orang bersorak: Buka..!! Buka!!Saya memberi laluan kepada pemuda untuk kehadapan.Tapi memang dasyat baru je masuk..kami muslimat pun baru bergerak nak masuk.Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan gas pemedih mata.Dan saya nampak lori merah sudah bergerak dengan water canon ye.

"Buat Bulatan untuk PEREMPUAN.Selamatkan diorang dulu..!!BERTENANG..lelaki..mara kehadapan jangan lari"maka terbentuklah bulatan mengepung perempuan untuk dibawa ketepi.Saya pegang erat badan kawan-kawan saya yang kecik-kecik kerana tak nak mereka tersungkur dan menjadi mangsa pijak sesiapa.Sebab masing-masing mata dah pedih.Badan dah gatal kena sembur dengan water canon.Waktu tu memang muka saya yang nampak since saya ni dikategorikan perempuan yang tinggi juga lah.

Waktu tu lah saya gunakan segala skill sewaktu di latih oleh tentera dalam KEM perkhemahan.Betapa pedihnya saat itu.Lebih dasyat dari Bersih 2.0.Muntah,bersama air mata saya.Habiskan segalanya disitu.Cermin mata saya dari terkepak satu ha terus terkepak dua.Orang-orang cina dan India membantu saya dan kawan2x.Dalam kelam kabut saya sempat membancuh air masin untuk diminum dan basuh muka buat yang memerlukan.Waktu tu tuala penutup mulut dah tak boleh diguna.dah menyerap bau gas.Kenapa guna garam..??Sebab (gas)acid+(garam)alkali=neutral

Seorang orang India mengarahkan saya membawa perempuan ke tempat selamat.Memanjat,melompat,terjun..itu perkara biasa dalam latihan ketenteraan.Itu jugalah yang saya praktikkan kala itu.Mengangkat makcik2x dan kakak.Budak perempuan kecik..Allahu akhbar kesian menangis,lekas-lekas kami angkat ke dalam tempat bersembunyi.Terus masuk dalam satu tempat persembunyian.Rupanya stor pengumpulan sampah.Lagi nak pengsan.Bertahan jelah.Saat kuantiti kita sedikit,adalah lebih baik bergerak mengikut strategi Bijak.Jangan biarkan EMOSI/KEMARAHAN menutup kebijaksanaan kita.Orang yang lebih bijak itu tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa walaupun mereka datang dengan KUANTITI yang BESAR.Kerana itu selalu saya tekankan pada sahabat perjuangan saya..JANGAN TERTIPU DENGAN BANYAKNYA KUANTITI,SEBALIKNYA HARGAILAH KUALITI YANG ADA MESKI DALAM KADAR MINIMA.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Dan rupanya itu tempat paling strategik melihat gelagat POLIS.Disitu saya dapat mendengar,melihat bahawa bukannya peserta BERSIH yang hilang akal tetapi POLIS sudah tidak dapat mengawal EMOSI.Mereka kalah dengan kemarahan yang mereka cipta sendiri.Astagfirullah al-adzim..kata-katanya sungguh kesat.Saya tak dapat keluar dari tempat tu sebab POLIS still ambush tempat tu berulangkali.So jadi saksi keganasan jelah dalam kebusukan yang teramat sangat.Haha..Barisan hadapan pedih mata,barisan group ke dua pula ambil alih.barisan ke dua mata pedih,barisan ketiga pula mara kehadapan.Begitulah seterusnya sehingga POLIS mengamuk dan mengepung tempat tu.

Kalau ada yang cakap saya hilang akal ker pergi BERSIH..Jawapan saya "Adakah Allah telah hilang akal memberikan petunjuk kepada saya untuk turun BERSIH..??Seminggu sebelum BERSIH,telah saya pohon pada Allah dalam sujud rendah diri"Ya Allah sekiranya BERSIH 3.0 ini baik untuk diriku,agamaku islam dan perjuangan Islam,maka ringankan langkah kakiku,mantapkan hatiku,permudahkan segalanya bagiku."Apatah lagi bila Tuan guru nik aziz telah meWAJIBkan turun.Walaupun kena kepong dengan dasyatnya sewaktu di KTM angkasapuri.tapi Allah lorongkan jalan lain yang lebih mudah dan cepat sampai ke area Dataran Merdeka.

Terlalu banyak kenangan manis tak mampu untuk dinukilkan disini.Cuma pesan saya..jika tidak berada di tempat kejadian usah melatah memberikan komen,menfitnah dan sebagainya.JIKA TIDAK BERANI MENGHADAPI RISIKO..!!USAH BERBICARA TENTANG PERJUANGAN..!!Kami berjuang bukan untuk diri kami,tapi untuk adik-adik kami dan anak-anak kami generasi hadapan..!!Biar apa mereka nak kata..kita bersabar..cool kan kan dan katakanlah.."kita berjumpa di MAHKAMAH yang lebih ADIL dihadapan TUHAN.pada 28 April 2012..malaikat menjadi saksi,tumbuhan bergoyang berdzikir,burung-burung bertasbih saat menjadi saksi..itu semua kita settle kan di padang mashyar..TAKBIR..!!Allahu akhbar.

nota kaki: Buat peserta Bersih..betulkan niat berhimpun..Perhimpunan itu bukan tempat nak cari calon isteri mahupun suami.Perhimpunan itu bukannya untuk kita rasa bangga dengan rasa berjuang itu.Bertaubatlah..perbaiki niat.kerana Allah menilai sesuatu itu berdasarkan niat dan IKHLAS itu amat payah sekali dicapai sekiranya anda semua tahu.Jadi laksanakan sahaja solat taubat :) Senyum meski kesakitan..yakinlah kita dijalan yang diredhoi-NYA

post signature

You Might Also Like

9 strawberries yummy

  1. Assalamualaikum..
    bnyknya kenangan berada di tempat tu..penuh ranjau dan duri..

    ReplyDelete
  2. wlaikmslm..alhmdulillah Allah mudahkan pergi dan pulang.tidakla semua polis tu kejam.ada yang terbeban antara amanah pemimpin dan Allah.

    ReplyDelete
  3. Semoga pilihan yang dibuat membawa kepada kebaikan.

    Untuk pengetahuan, garam adalah neutral ya. sebab tindak balas antara acid and alkali menghasilkan garam dan air.

    ReplyDelete
  4. tapi kan..nama lain bagi garam kan NaCl.Sodium chloride.bukan ker chloride is alkali??maaf jika tersalah info.

    ReplyDelete
  5. garam bukit,garam laut kalau dicari info nyer adalah alkali.sebab dulu pernah buat eksperimen check pH garam ialah alkali.8.

    ReplyDelete
  6. Baru dapat info ni, garam punya pH 7-8. Jadi betullah garam ada kealkalian skt. Tapi memang tindak balas kimia penghasilan garam sebegitu. Contoh:

    HCl(acid hydrocloric) + NaOH(Sodium hydroxide) -> NaCl + H20.

    Boleh rujuk sini.http://ms.wikipedia.org/wiki/Bes

    Yang memberi karateristik keasidan adalah ion H+, yang beri karakteristik kebesan (alkali adalah pengkhususan bagi bes) adalah ion OH-.

    ReplyDelete
  7. mungkin penggunaan garam ni menawar keasidan atau menawarkan kealkalian. bukan meneutralkan. Sama macam air.

    ReplyDelete
  8. mungkin juga.tapi kan hazal.waktu kene gas pemedih mata tu..try guna air xjadi neutral.kena guna air garam juga baru hilang pedih.its ok.perbincangan yang sihat tentang sains.

    ReplyDelete
  9. Pkai air tak berkesan? mungkin gas tu dah masuk kedalam kulit jadi jika guna air pengurangan kepekatan asid tak berlaku sbb air perlu takungan atau kuantiti yg byk yang dapat cairkan kepekatan asid. Lagi satu mungkin air cuma kurangkan keasidan dan bukan meneutralkan. Jadi asid dia berkurang tapi ada lagi.

    Garam jika dipikir balik dia adalah bes, jadi bergantung pada jumlah digunakan untuk meneutralkan asid. Jadi betullah penggunaan garam. Ikutkan dulu ada terbaca kat mana ntah ada doktor mengurangkan keracunan dalam darah pesakit dgn memasukkan air garam.

    Saya ni je yg memusingkan kepala sedangkan memang penggunaan dia betul.haish..Takpelah sekurang-kurangnya dapat belajar

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images