Perjuangan Vs Kezaliman(sedikit renungan)

9:33:00 AM

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
(as-Saff:10-11)

Muqoddimah dan pandangan
 Assalamualaikum.Bismillahirrahmanirrahim.Entri kali ini barangkali panjang sebab masukkan atau istilah orang kata jamakkan semuanya dalam satu post.Sekarang ni isu Bersih 3.0 dan juga PTPTN hangat diperkatakan.Masuk pula isu samseng yang mengganggu mahasiswa.Sebenarnya terbit dalam hati rasa risau pada kefahaman mahasiswa dan anak muda kini tentang perjuangan.Mereka menyangka turun demonstrasi itu sudah cukup pada erti sebuah perjuangan.Mereka merasakan memasang bendera pada pagi kala hari menahan mengantuk itu sudah cukup dilabel perjuangan. Mereka merasakan tidur dijalan-jalan sementara menunggu untuk berdemo itu adalah perjuangan besar,lelaki dan perempuan bercampur dan itu mereka kira mujahadah tertinggi.Takutnya saya pada salah faham anak muda tentang erti perjuangan.Owh semakin risau saya dengan kefahaman mereka.Saya tidak berapa risau dengan lelaki-lelaki tapi yang saya risaukan adalah para muslimah-muslimah yang saya cinta kerana Allah.Jika mereka faham tentang perjuangan sebenar disisi ALLAH pasti dibibir mereka sentiasa terbit asma-asma Allah.Hati mereka bersih dari nafsu dan rakus dunia.Bagaimana kebimbangan ini mahu disuarakan saya juga tidak pasti.Akhirnya saya diam membisu dan tidak mengapalah..bersikap positif,sudah ada sebahagian yang meniupkan rasa semangat pada perjuangan,semoga kami dan sebahagian badan dakwah lain membetulkan asas aqidah pada erti sebuah perjuangan.Saya menasihatkan bacalah buku "apa ertinya saya masuk islam" atau lebih famous dipanggil maza yakni oleh fathi yakan. Syurga itu bukan milik PAS ataupun PKR ataupun DAP ataupun UMNO tapi ia dimiliki orang yang CINTA kepada ALLAH dan berTAQWA kepada Allah.Politik adalah satu jalan daripada banyak lagi jalan untuk membangkitkan semula daulah Islamiyah.Saya bimbang jika PAS menang nanti..tetapi ahlinya masih belum faham erti perjuangan islam,masih mengharap balasan dan tidak ikhlas,tidak jujur..maka terjadilah fitnah yang besar kepada kepimpinan yang dipimpin PAS sendiri .Sekadar pandangan kecil dari saya yang kerdil.

 Cerita tentang kedzaliman
Sedutan dari FB Nik Aziz..
"Katakan kalian kepada pasukan polis Amnu Daulah, usia kezaliman tidak akan kekal! Cukuplah bagiku Allah dan Dia adalah sebaik-baik pembantu! Ya Allah, balaslah orang2 yang zalim, pembantu orang2 zalim! Ya Allah, hancurkan mereka, balaslah kejahatan mereka, diri dan harta mereka. Ya Allah, sepertimana mereka memisahkan kami dgn anak-anak kami, maka pisahkan mereka dari anak-anak mereka!"

Pertama kali saya mengenali nama Khairat Shatir dengan doa ini. Doa yang dilaungkan beliau dari dalam kandang tertuduh yang diaminkan oleh sekalian mereka yg hadir dalam perbicaraan mahkamah atas tuduhan yg direkacipta oleh Mubarak bg memenjarakannya sekitar tahun 2006. Akhirnya beliau dipenjarakan 6 tahun dan seluruh harta dan aset perniagaan miliknya dirampas dan hanya dibebaskan selepas berlaku Revolusi 25 Januari tahun lalu.

Mursyidul 'Am, Dr.Mohammad Bad'ie berkata, Shatir seorang yg diperkenankan doanya oleh Allah kerana dizalimi dgn banyak sepanjang hayatnya. Maka doa org zalim diperkenankan oleh Allah dan doa Shatir dimakbulkan Allah setelah 5 tahun selepas beliau berdoa, maka tahun 2011 menyaksikan kejatuhan rejim Mubarak. Terbaru, penyingkirannya dari bertanding sbg Presiden bukti bahawa beliau berterusan dizalimi walaupun kes mahkamahnya hanya sekadar rekaan dan jelas satu penipuan dan kezaliman.

(Keratan akhbar "Kebebasan dan Keadilan" suara rasmi Ikhwan Muslimin)
 ***************************************************
Cerita tentang pandai PAS,samseng UMNO 

Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata dan dirakam ucapannya didalam harakahdaily beliau mengatakan yang pandai masuk PAS yang samseng masuk Umno, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.

“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya."

**********************************************
Cerita tentang Z(bukan nama sebenar)

Dan ini cerita benar dimana saya mempunyai kawan yang menyokong BN/UMNO. Saya letakkan nama samaran sebagai Z. Z merupakan mahasiswa di antara yang memang pandai la since CGPA sentiasa deans list.Satu hari Z bagitahu kat saya dia nak menyertai program motivasi dan pembangunan diri di Genting Highlands.Rupanya program itu adalah program BN/UMNO yang dikaburi under program mahasiswa/mahasiswi bagi menarik ramai calon berjuang atas nama BN/UMNO. Dan Z bercerita dia sangatlah terkejut dengan layanan yang diberikan dan juga kata-kata kesat yang sering mereka lemparkan dan gunakan.Jiwa Z tidak tenteram.Sedih dan rasa macam nak balik.Kemudian dalam program tu asyik duk mengumpat sana sini.Z cakap dia dah tak nak terlibat program yang memaksa macam tu.Dalam hati saya  moga Allah bukakan mata Z sedikit demi sedikit.Saya tidak pernah memaksa Z ikut perjuangan saya sebaliknya saya mentarbiah Z dari asas aqidahnya iaitu mengenal Allah dan deen Allah.Bagi orang yang semakin mengenali Allah..dengan sendirinya dia akan tahu dimanakah diri dia.Sesuai/tidak suasana itu untuk dia,tenangkah hatinya dengan jalan yang dipilih.Saya tidak pernah memarah Z mahupun rakan-rakan saya yang lain yang memang menyokong kerajaan BN/UMNO.Malah saya dengar satu persatu luahan rasa mereka dan ketidak puasan hati mereka pada pembangkang/PAS.Dalam hati..saya sentiasa berdoa dan yakin sahabat yang saya cinta kerana ALLAH..hatinya telus..mudahan Allah bukakan mata hatinya.

Cerita syiria

 Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"

 p/s: Dalam kita sibuk nak pergi bersih 3.0. dalam kita sibuk memansuhkan PTPTN , dalam kita sibuk bekerja dan belajar..Janganlah dilupakan saudara kita di SYIRIA yang sedang bergolak.Hadiahkan lah doa dan tiupan semangat buat mereka.Jika dulu Mesir bergolak..malaysia heboh sebab ramai anak-anak kita diMesir tapi bila syiria bergolak adakah kita bersikap buta,tuli dan pekak hanya kerana sedikit jumlah rakyat Malaysia disana.Ingatlah kita membantu bukan kerana mereka rakyat malaysia tetapi kerana ada ramai saudara islam kita di syiria.Peringatan buat diri sendiri khususnya.Ya Allah selamatkanlah SYIRIA dari tangan-tangan yang dzalim dan rakus.

Sedikit info kebangkitan syiria
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

Selanjutnya boleh baca dilaman web ataupun disini
post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images