Permulaan

11:59:00 AM

Assalamualaikum wbt.Selawat dan salam buat Rosulullah saw dan ahli keluarganya.Para pembaca sihat?Alhamdulillah saya disini sentiasa sihat ditemani kasih dan cinta Tuhan dan pesan-pesan nabi kita Muhammad saw.Juga tidak ketinggalan kakak-kakak dirumah sewa yang sangat baik hati.Menjaga dan membelai saya diwaktu senang apatah lagi dwaktu saya sakit.Allahu akhbar..betapa besarnya hikmah memilih rumah ini pertama kali dulu walaupun rumah ni tak semegah tersergam indah tapi penghuninya masya Allah insan-insan yang cintakan Allah dan sunnah Rasulullah dan yang bertemu dan berpisah kerana Allah..Yang setiap pagi,tiiiittt TV dibuka..tanyalah ustaz jadi pilihan rancangan.Dan setiap pagi itulah saya merasakan indahnya hidup bersama manusia yang cintakan Allah dan Rasulullah.

Benar kata abang saya..nak memilih rumah ni yang ditengok 3 benda..siapakah penghuninya,selesakah untuk beramal dan juga membawa kepada Tuhan.Bukan dilihat pada besar saiz rumah,tidak juga pada kekayaan.Semoga Allah memberkati persaudaraan kami hingga akhir hayat..panjang lebar sungguh muqaddimah.

Baiklah.Perkongsian saya hari ini mengenai permulaan sesuatu ataupun niat.Semalam ada kakak yang mengajukan soalan:

kakak: "ain..apa pendapat ain tentang org perempuan yang naik motor dengan lelaki"

Ain: (Terdiam..berfikir kata-kata apa yang terbaik untuk dikeluarkan).."Lelaki tu suami ker ,abang dia ker @ siapa?)..saya soal kembali

Kakak: yang tiada hubungan dengan kita..ataupun mungkin tunang kita??apa pendapat ain..?

Ain: "Beratnya saya nak jawab kak..sebab saya pun ada ramai kawan yang macam tu..tapi disisi agama,tidak boleh kak.bukan setakat naik motor..naik kereta kalau cuma berdua dengan orang yang tak dikenali pun bahaya kecuali mudharat macam naik teksi dan yang sama waktu dengannya..apa pula pendapat akak?"

Kakak: akak pun tak setuju..macam mana nak tegur ye bila kawan sendiri buat macam tu.Padahal kakak orang tu keluaran dari universiti jordan..belajar pula usuluddin..mak ayahnya orang beragama"

ain: astagfirullah kak..saya ni cuma insan kerdil..saya tak berani nak kata apa-apa melainkan saya nasihatkan akak slow talk dengan dia..sebab kita ni Allah belum uji iman kita sepenuhnya..cuma saya nak bagitahu akak..iman itu tidak dapat diwarisi,akak lihat bagaimana nabi Nuh tidak lupa juga nabi kita Muhammad saw..meski mereka itu nabi tapi apakah daya mereka melihat anaknya dan juga bapa saudara nabi tidak dapat menerima Islam..kerana Hidayah itu milik Allah.Saya tidak terkejut kak,kerana saya pernah nampak dihadapan mata saya..orang yang hafaz quran,yang mengaji dipondok-pondok pun ada yang gagal menerima ujian ini..akhirnya mereka kecundang ditangan syaitan.Alangkah takutnya saya kak..kerana Allah belum menguji saya dan kalaupun nak menguji..ujilah perkara yang lain..soal hati dan perasaan saya belum kuat"


Anda saksikan bagaimana satu hubungan yang konon asalnya berada dijalan Allah telah tersimpang..Saya mengaku saya sangat keras bila ber meseg dengan lelaki.Sangat serius bila berhadapan dengan lelaki.Susah nak senyum dengan lelaki.Kerana saya tidak mahu ada hati yang dirobek,diruntun kasih oleh saya.Kerana wanita adalah anak panah syaitan.Tolonglah jangan minta saya berlembut dengan anda wahai para mukmin.Tidak cukupkah perkataan baik yang keluar dari mulut seorang wanita atau anda masih perlukan kata-kata belaian dan rayuan???fikirkanlah..Jika saya dan para muslimah merayu,jawapannya seolah kami menempah neraka untuk diri kami dan anda juga.

Begitulah permasalahan yang berlaku pada masyarakat kini.Tidak dapat membezakan hukum batas pergaulan sebelum berkahwin.Iye,memang tidak dinafikan sudah bertunang..lagi berapa hari saja nak kahwin.Tetapi itu tidak bermakna segalanya sudah halal.Sahabat-sahabat..satu kisah benar yang ingin saya ceritakan dimana seorang lelaki ini hanya tinggal seminggu lagi nak kahwin,ditakdirkan Allah tunangnya meninggal dunia..Hebat bukan rencana Allah.Ada pula yang terlanjur sudah tiba-tiba tak jadi nikah..masyaAllah..Kita pastikah tunang kita tu milik kita??pakwe kita tu adalah suami kita??Lelaki teristimewa tu hak halal kita??..atau kita percaya pertemuan dan perpisahan itu ditangan Allah??ingatlah teman, matlamat tidak pernah menghalalkan cara yang salah disisi-NYA.

Para pembaca..kami wanitai adalah antara golongan yang paling dasyat menguji iman lelaki.Jujur saya selalu katakan kepada lelaki..kalau tak tegas dengan agama..jangan mendekati diri saya tanpa orang tengah.Lantiklah orang tengah,lantiklah orang tengah..lantiklah orang tengah dengan itu ia menjaga hati masing-masing.kerana saya amat keras sekali pada lelaki yang gagal mengawal nafsu geloranya.walaupun saya sedaya upaya gunakan ayat berhikmah..akhirnya ter keluar juga ayat-ayat amaran..

saya sudah ketemu ramai orang-orang yang soleh agamanya tetapi tunduk dan jatuh pada wanita.Saya juga telah berjumpa dengan manusia yang soleh dengan agamanya tetapi berkelakuan buruk pada ibubapanya,saya juga telah bertemu dengan lelaki yang soleh agamanya tetapi ahli maksiat..tidak dapat buang tabiat maksiat mereka..saya juga telah bertemu dengan mat rempit yang ingin kembali pada Allah..Jika saya ceritakan semuanya,maka jadi panjang lebarlah tulisan ni..

Segalanya bermula dengan niat.Permulaan anda..Tepuk hati tanya iman..Kenapa anda berkawan dengan seseorang tu? Kenapa anda ingin bernikah dengan seseorang tu.Dalam doa tentang jodoh saya hanya amalkan:" Ya Allah cintakan aku pada manusia yang cinta kepada-Mu..dan hilangkanlah cintaku pada manusia yang mengaku CINTA pada-MU dan Rasulullah sedangkan hakikatnya dia tidak cinta pun pada ENGKAU dan sunah RASUL-MU.

Sahabat-sahabat..untuk mendapat redo Allah,segalanya mesti mengikut arahan yang Allah berikan.Untuk melahirkan zuriat yang soleh..hubungan kita dengan Rabb kene soleh dulu.hubungan kita sesama manusia kena betul disisi Allah.Siapa kah cakap perkahwinan itu mudah.??Mana mungkin ia mudah kerana perkahwinan itu tanda sempurnanya sebahagian iman.Mudah ker nak sempurna iman teman-teman??Ia sudah pastinya perlukan mujahadah yang tinggi.Apatah lagi bila orang itu seorang yang dicinta ALLAH..lalu mujahadahnya lagi-lagilah tinggi kerana Allah ingin hadiahkan syurga dan pertemuan dengan-NYA bersama para nabi dan manusia lain yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH.Fikirkanlah teman-teman kerana jawapannya ada pada setiap diri anda.Semoga apa yang kita lakukan sentiasa diredhoi Allah.

Wallahu'alam


post signature

You Might Also Like

8 strawberries yummy

  1. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. ur most welcome.it is nice to know who are you.

    ReplyDelete
  3. salam kak. huih lama tak singgah sini. singgah2, ada entri menarik. hehe.

    bagi saya semua orang ada sisi lemah masing2.
    mereka yg berilmu akan memandang org jahil dgn jelek kerana maksiat mereka.
    sedang org jahil akan memandang mereka yg berilmu jelek sebab nampak alim tp buat maksiat jugak.

    kalau kita menilai orang, sampai bila2 tak habis. itu dugaan terbesar seorang daie, kan? tidak judgemental.

    kak, saya kurang enak dengar istilah 'wanita itu panah syitan'. rasa mcm kurang molek.
    wanita di sisi Islam kan mulia.

    silap kita sekarang apabila meletakkan tanggungjawab menjaga nafsu kita pada jantina lain.
    fikir2 balik, kelako rasa.
    kenapa wanita yg kena jaga nafsu lelaki? lelaki tu yg kena jaga nafsu sendiri! nak salahkan org x tutup aurat pulak...
    dan wanita pulak tutup aurat jgnlah sebab lelaki. tapi biarlah kerana faham itu perintah Allah.
    kalau kita nak tutup aurat kerana nak jaga nafsu lelaki, boleh saja pakai tak tutup aurat, pastu buat muka selebet, jalan korek hidung, rambut tak sikat, tak mandi. lelaki mana yg nak? betul tak?

    sekadar lontaran pendapat. hehe. =)

    ReplyDelete
  4. penulisan yg sungguh menyentuh jiwa ...
    Allah itu sgt dekat dan Dia Maha Mengetahui apa yg ada dlm hatimu

    ReplyDelete
  5. @ fikrahudin: waalaika salam.akak pun ternati mana adik akak ni.lama tak comment kat sini.Lontaran yang cukup hebat.terutama bab jalan korek hidung,rambut tak sikat..hehe..syukran atas lontaran pendapat.

    @muslimah d pinggiran: Allahu Bashir...DIA maha MELIHAT termasuk didasar hati..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ..
    Apb dah kerja..mcm2 benda baru yg kita belajar,kan..
    Suka, gembira, terkedu..lara skit.. silih berganti menjadikan kita lebih tabah, matang dan dewasa...

    ReplyDelete
  7. @ kak sal,betul tu.kadang terasa tak gagah nak bangun.mujur Allah hadiahkan insan-insan macam kak sal yang selalooo bagi semangat :)

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing..sejuk dan nyaman berada di kawasan ini..alhmdulillah..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images