Rindu Rasulullah saw

2:18:00 PM

Assalamualaikum wbt.Pujian buat Allah yang MAHA Mengetahui setiap intipati hati insan dan tidak lupa selawat dan salam buat Rasulullah dan ahlul bait baginda serta kirimkanlah al-fatihah buat saudara-saudara islam kita yang telah pulang kerahmatullah.

Selingan iklan dari video terpilih hari ini.Kesian sungguh saya baru jer jumpa video ni.


Semoga setiap hari kita umpama bunga- bunga yang kembang ditaman hati yang mencintai Allah.Seceria sinar mentari. Saya berfikir banyak kali nak cerita satu mimpi ni.Saya ingatkan nak jadikan ia satu kenangan sepanjang hidup saya jer tapi since saya dah ter cerita pun kat sahabat saya yang bernama Uwais al-bernamy(nama samaran).Jadi saya share jelah.Tapi saya takut mimpi itu datangnya dari syaitan yang cuba mengelirukan kita.

Cerita nyer bermula macam ni.Ada satu malam tu lepas hafaz satu surah tu waktu tu sem ke 7 saya di IIUM.Ambil kelas hafazan baru bersungguh nak menghafal.teruk sungguh penulis ni kan kan.ok back to the point.saya tak tahulah kenapa rindu sangat -sangat kat Rasulullah.Sepanjang minggu tu sangat rindu.seminggu itu juga saya asyik ingat mati. Sebab badan saya sangat sakit waktu tu,setiap kali menghafal kepala saya jadi berat,pinggang saya pun sakit.Migrain datang hampir setiap hari..Dada saya sakit.Setiap kali sakit tu saya akan ambil wuduk dan kemudian pakai telekung sambil tidur.Kalau orang tengok dah macam jenazah dah.Sampai saya dah buat wasiat pun dekat Uwais al-Bernamy.

Kemudian saya tertidur dan saya bermimpi roh saya diterbangkan ke masjid kubah hijau.Bila saya bangun saya cuma tahu kubah hijau tu masjidil aqsa.Bila saya pastikan rupanya masjidil aqsa kubahnya biru tapi since saya ni ada masalah rabun warna sikit jadi warna biru sama dengan warna hijau.Bila confirmkan semula rupanya masjid nabawi yang berkubah hijau..

Sampai sana..kemudian roh saya dibawa menziarahi makam nabi Muhammad saw.Saya tak tahu pun bagaimana rupa makam nabi yang mencintai ummatnya hakikatnya.Tapi dalam mimpi tu jelas sekali. Saya berada sangat hampir.Saya nampak kuburan saidina Umar dan saidina abu bakar.Sekarang bila saya ingat semula..dah tak ingat dah.Tapi yang ingat ada pagar,kawasan tu banyak warna hijau.simple.cuma berlainan dengan gambaran makam rasulullah di internet.Hampir sahaja saya mendengar suara dan melihat wajah baginda tetapi saya telah terbangun.Puas saya pejam mata nak sambung semula.tapi tak boleh.sehingga saya tertanya saya bermimpi salah barangkali.itu mainan dan tipu muslihat syaitan sahaja.kerana aku mahu menjadi orang alim yang abid bukan orang abid tapi tidak alim.

Apapun yang saya ingat kubah hijau dan hati saya mengatakan itulah makam nabi Muhammad.Hati saya sayu sungguh masa tu.Kemudian saya bermimpi seolah-olah saya membantu orang-orang disana..yang lain dah tak ingat sebab dah setahun bermimpi tuh.Entah-entah kalau tanya uwais al-bernamy pun dia dah tak ingat saya cerita macamana kat dia.

Cuma bila terjaga,saya rasa terharu..tak tahu nak beristigfar ataupun bersyukur. Saya beristigfar kerana saya bimbang mimpi itu datang dari syaitan.dan saya bersyukur seandainya mimpi itu datang dari pihak yang benar.Cuma saya kata dalam hati..Tak apalah.mimpi mainan tidur jer.Dari sudut positif pula saya cakap..hari ini menziarahi makam nabi,esok lusa ada rezeki mendengar salam dari nabi saw.(berangan tuh).harapnya dekat akhirat nanti dapatlah berjumpa nabi saw.

Maklumlah nak pergi menunaikan haji beratur nya panjang.Nak pergi umrah sekarang pun dah macam nak pergi haji.Orang lain nak tengok makam nabi tengok depan-depan.Saya jer yang kerdil ni tengok dalam mimpi.Tapi tak apalah..takut-takut tak sempat nak menziarahi makam nabi.Jadi bila roh dapat tengok pun dah rasa sangat bersyukur.Saya pujuk dalam hati,"takpe..takpe..sikit lagi..sikit lagi.."

Saya tidak merasa istimewa pun bermimpi menziarahi makam nabi sebab saya berpegang pada hadis ini.Hanya bermimpi melihat baginda sahaja.tidak dinyatakan makam baginda atau sebagainya.kerana itu tatkala bangun saya beristigfar tanda ketakutan saya pada syirik kepada Allah mentafsir mimpi tanpa pengetahuan orang alim.

Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku.”


Ya habibi Ya Rasulullah ..jadikan rindu ini sentiasa membuatkan bibirku basah menyebut namamu..hatiku mencintaimu.Walaupun disisi Allah..pundakku terbeban begitu banyak dosa.izinkanlah dirimu mengenali ummatmu yang berusaha menambahkan imannya ini.

wallahu'alam.
post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. assalamualaikum...sy mohon copy kata2 tuan di perenggan terakhir..indah..terima kasih...

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images