Hujung akal,Pangkal Agama

8:49:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim..Solawat salam keatas junjungan besar nabi kita Muhammad da juga ahlul bait habibullah.semalam cuti pekerja.Memanfaatkan cuti dengan memberi ruang masa bermesra bersama housemate.membuat aktiviti bersama antaranya menyusun jadual mengemas rumah,jadual imam untuk solat berjemaah dan jadual tadarrus.Mewujudkan ruang bermesyuarat dan disitulah saling baik-memperbaiki sesama sendiri.Yang baik disimpan dan diteruskan manakala yang buruk diubah.Inilah penghuni villa Jannah(nama rumah kami).Ramadhan bakal tiba,elok dimulakan tadarrusnya dari sekarang.Semoga Rejab,Syaaban dilalui dengan jiwa penuh ketenangan.Itu matlamat kami.Jika ingin rumah aman bak kata pepatah "rumahku syurgaku"..harus di didik penghuninya seperti penghuni syurga dahulu.Mereka yang cintakan Allah dan sunah Rasulullah.Alhamdulillah.Masing-masing sudah mula masuk gear melakukan puasa sunat.

Rindu pada ayah datang menerjah.Bermimpi arwah ayah. Saya menyuapkan makanan kemulut ayah.Saya nampak air mata ayah menitis.Entah kenapa ayah kelihatan sangat sedih melihat diri saya.Barangkali dia tahu saya amat tertekan kini,saya amat sedih kini.Akhirnya saya turut sama menangis.Bila sedar jam menunjukkan 5.40 pagi.Bantal saya basah dengan air mata.Tangisan saya dalam mimpi rupanya terbawa-bawa sampai ke alam dunia.Saya sendiri tidak tahu kenapa air mata pagi ini susah dihentikan.Hatta selepas solat subuh sekalipun,ia masih mahu mengalir.Saya pandang kanan,nampak kakak rumah tidur,saya pandang tempat lain nampak baju sabah yang dibelikan sahabat.Hati saya makin hiba.Seluruh pemandangan saya,saya cuma nampak nikmat yang Allah berikan.Allah disana,Allah disini..Allah dimana-mana.Nikmat hidup,nikmat sahabat,nikmat ketenangan dan saya jadi malu sebenar-benar malu pada Allah.Terlalu banyak nikmat Allah beri pada saya..tetapi apa yang saya sumbangkan untuk ISLAM..??Lama bertafakkur...akhirnya berhenti juga air mata saya.ternyata saya masih begitu jauh untuk meraih syurga!!

Ulat Buku
PWTC dipenuhi ramai orang.Salah seorangnya saya.Jom tengok buku apa saya berjaya beli.Barulah saya tahu saya tidak dapat membeli buku tatkala ramai orang.Fikiran saya serabut.Saya sukakan ketenangan,dengan itu saya boleh memilih dengan tenang.Buku sejarah,buku untuk anak-anak buah juga tak lupa dibelikan dan buku penawar hati.Dapat hadiah dari sahabat yang baru pulang dari Sabah.Terima kasih sebab pos laju.TERHARU..!!





Hujung akal,Pangkal Agama
Pembacaan saya pada buku edisi istimewa aku terima nikahnya sudah hampir sampai kepenghujung pada buku Murobbi CINTA.Pembacaan pada buku ini jadi lambat sebab teralu banyak sangat fakta yang harus diterjemahkan diminda.Maklumlah saya bukan orang sejarah.Saya orang teknikal jadi sampai part sejarah saya kena turun gear 1 untuk bagi faham.

Politik yang didefinisikan sebagai Hiraasah al-deen wa siyaasah al-dunya bihi(memelihara agama dan mengurustadbirkan dunia dengan agama itu) didalam kitab "al-ahkaam al-sulthaniyyah" adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia.Ustaz hasrizal menegaskan bahawa POLITIK ITU SENI..!!ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.

Soal menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua.TETAPI,manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik.Benar sekali kata Michael B Coleman"you may not be interested in politics but politics are interested in you"Membiaknya muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.
Ustaz hasrizal berpesan lagi
Dalam sopan mereka menjadi oportunis,dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif.Semua gara-gara mahu aman,TETAPI tidak mahu MENYUMBANG KEAMANAN.Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan.Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban,tetapi terlalu MALAS untuk bertindak lebih dari mengkritik.
Mereka golongan seperti ini menikmati keamanan hasil titik peluh orang lain,pada saya mereka ini tidak punya rasa malu dalam diri.Kononnya mereka inilah yang mengikut ajaran islam dan sebagainya.Perjuangan mereka ini telus dari keburukan dan kejahatan.Padahal SIASAH dan ISLAM itu sendiri tidak pernah terpisah sejak zaman nabi.Kesian..kesian mereka ini.Semoga Allah buka kan hati mereka.Iman manusia seperti ini adalah iman sekadar dipinggiran seperti disebutkan Allah dalam ayat 11 surah al-hajj.
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
Manusia perlu mengenal Tuhan.Disitulah HUJUNG AKAL,PANGKAL AGAMA.fikir-fikirkan kata ini dengan mendalam.Didik umat islam menjadi umat yang berfikir.Sejarah membuktikan,Eropah juga pernah mengalami zaman gelap.Apa yang menyebabkan orang eropah ketika itu runtuh..??jawapannya kerana TAQLID BUTA dan penghambaan diri berlaku.Musnahnya golongan pemikir disitu.Apabila manusia menghayati slogan "cogito ergo su"(saya brfikir lalu saya wujud diri) dan berfikir itulah yang mendorong bantahan penganut kristian yang kemudiannya digelar Protestantisme.Kita kini tertipu dengan isu ketuanan dan raja-raja melayu yang diterapkan penjajah sebelum memberi kemerdekaan.Kita kini telah membunuh fikiran anak-anak muda kita.Sedang dalam al-Quran..orang-orang yang melihat da mendengar itulah adalah orang-orang yang berfikir.

Aisyah penyanyi yang pernah popular satu ketika dulu masuk kedalam politik hasil usaha renung dan fikir,orang-orang kafir yang memeluk islam juga mengenal islam hasil dari daya fikir.begitu juga setengah yang lain.kerana itu diam,duduk berfikir itu lebih baik dari melakukan solat sunat semalaman.Kerana dengan berfikir,kita kenal diri.Kerana berfikir kita kenal siapa Tuhan kita,siapa pemimpin kita.Dan kita akan dapati pada akhir kesimpulan pemikiran kita,jawapannya pasti ada ALLAH.itulah yang dimaksudkan HUJUNG AKAL,menjadi PANGKAL AGAMA.Jangan jadi orang beragama tanpa fikir.Malah ramai yang suka mengulang bahawa agama tidak dibina atas akal.Didoktrinkan bahawa agama bukan pemikiran sedang dulu kita belajar dalil itu terbahagi dua iaitu dalil aqli(akal) dan juga dalil naqli.

Sesungguhnya manusia yang gemar berfikir tentang alam tidak akan membiarkan bumi ini rosak dan dicemari dengan kezaliman.Manusia yang tidak dapat melihat kezaliman di bumi Malaysia ini boleh saya katakan manusia yang kurang berfikir dan melihat..!!Mereka hanya membabi buta mengikut sahaja seperti lembu dicucuk hidung.Muhammad Abduh pernah mengeluh:
Aku ke Paris dan aku bertemu dengan Islam tanpa Muslim,aku ke Kaherah dan bertemu dengan Muslim tanpa Islam..!!
renung-renungkan.Peradaban kita peradaban islam jatuh tersungkur kerana orang islam mula jadi PEMALAS berfikir,Taqlid buta dan sifat kehambaan pada manusia lebih dari Allah.Penutup disini jadilah orang yang berFIKIR..Jangan PEMALAS mengkaji sejarah terutama sejarah islam dan sejarah negara kita MALAYSIA.Jatuh bangunnya sesuatu peradaban segalanya ada pada sejarah.Kenapa British enggan menyerahkan sejarah asli MALAYSIA..??Jawapannya kerana bimbang negara MALAYSIA membangun..menentang mereka.Mereka menjadikan minda kita minda yang telah dijajah,minda pengikut sehingga kita diulit kesenangan sedang kesenangan itu dimata Allah telah diharamkan kerana berasal dari pemberian orang kafir.Kita menukar ganti agama dengan kemewahan sementara didunia.dengan keamanan negara sedang agama itu lebih tinggi darjatnya dari segala apa yang ada dibumi ini.Kaji, kaji dan kaji ,fikir dan fikir dan fikir kerana Fikir itu nota dzikir.

"tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya..?? (al-Baqarah 2:76)
post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images