Memaafkan itu sukar

9:03:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih bisa menghirup udara segar.Dalam kekalutan fikiran,saya cuba sedaya upaya menjadi seorang yang professional.Benar kata orang 3 bulan kerja tak de lagi tekanan, masuk bulan ke empat mulalah terasa tekanan. Apatah lagi tekanan tu datang bertimpa-timpa.

kasih sayang dan cinta itu JAMBATAN yang menghubungkan hati-hati kepada ALLAH
Saya memujuk diri menjadi yang positif.Tapi bila bertimpa-timpa positif pun sukar dibentuk dan negatif mula menguasai.Illahi kuatkan aku dijalan ini.Etika menegur dalam bekerja..saya fikir setiap bos harus tahu.Tidak semua perkara harus ditegur dan dibawa kepada meeting.Mungkin setiap orang bekerja tidak sama.Dulu sewaktu saya memegang jawatan sebagai pengarah urusan kelab usahawan muda di sekolah , saya tidak suka menegur kawan-kawan saya secara live dihadapan orang lain.Setiap insan punya harga diri.

Saya memujuk diri saya untuk memaafkan kesalahan Dr. tersebut.Tapi baru mula belajar memaafkan ,kesalahan yang lain pulak diletak dibahu saya.Saya sekadar mengikut arahan sahaja.Bukan bermaksud saya tidak boleh ditegur..Hanya janganlah berat sebelah.mengangkat seseorang kerana pangkat dan kemuliaan ilmu dunianya dan menzalimi orang lain yang lebih rendah darinya.Jika Allah ingin menarik ilmu seseorang tu,dalam sekelip mata sahaja,usah rasa besar dan bongkak.Cukuplah dunia sekadar digenggaman tangan tapi jangan sampai ia diletakkan dihati.

KEPASTIAN
Ujian tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan illahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan tuhannya
Yang kasih kan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjaan insan
Yang lupakan tuhannya
Yang lupa kan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

source : inteam

>>Destinasi cintaku dalam meraih cintaMU ya rabbi. Seindah seharum syurgaMU.

nota kaki: kesian mereka-mereka yang disekeliling saya yang terpaksa menerima tempias tekanan saya ditempat kerja.Saya mohon maaf buat kakak-kakak rumah villa jannah dan juga orang-orang yang saya kasihi.Benar memaafkan itu sukar,tetapi aku ingin mewarisi kemaafan Nabi untuk ummatnya..jadi ya Allah lembutkanlah hatiku...dan jadikanlah aku pemaaf kepada insan yang bercinta dan berkasih sayang kerana-MU..

ilal liqa'.

post signature

You Might Also Like

6 strawberries yummy

  1. Tekadkan semangat teguhkan iktikad.. Anda pasti akan dapat melaluinya :)..

    ReplyDelete
  2. terima kasih che wan. semoga kita menjadi insan yang tabah dan kuat walaupun kita bukan siapa-siapa di dunia ini :)

    ReplyDelete
  3. Nak tnya admin, macam mana nk upload gmbr supaya bila komen keluar gnbar kita..xsyokla bila komen xde gambar :)..

    ReplyDelete
  4. kawan saya pernah kata,

    mungkin mudah untuk tidak marah andai kita salah,
    tapi lagi sukar untuk memaafkan ketikamana kita di pihak yang betul.
    bagaimana mahu menjaga tona suara kita.
    bagaimana mahu menjaga tata tutur kita.

    orang yg mintak maaf tidak semestinya dia kalah, tetapi cukup sayang pada silaturrahmi.

    ReplyDelete
  5. @ Che wan: admin xdelah pandai sangat IT.upload gambar kat profile google/blog.xsyok eh??admin rasa ok jer :)

    @fikrahudin: betul tu,meminta maaf dikala kita betul payah kan..apatah lagi menerima herdikan disaat kita xbersalah pun.Tapi itulah yang mengajar kita kekuatan dan ketabahan.Dan membuatkan kita bertambah yakin bahawa sifat pemaaf itu milik ALLAH dan orang-orang yang berkasih sayang kerana-NYA..lama fikrahudin tak bertandang.Harap sihat sentiasa :)

    ReplyDelete
  6. Rambut sama hitam tp hati lain2.. So kalau ok bg admin blm tentu ok bg org laen especially saya :P

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images