Sharing is beautiful

10:38:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum.

Muqoddimah

Jamaah yang menjaga taqwa
Jamaah Islamiah wajib memahami hal ini.  Kalau tidak, akan mudahlah terjatuh ke dalam ranjau-ranjau dan duri-duri dalam perjalanannya. Sifat dakwah ini ditentukan Allah SWT. Kita tidak boleh menciptanya sendiri. Oleh itu kita hendaklah menjadi orang yang bertaqwa pada setiap kerja kita.

Taqwa itu meliputi iman dan  Islam. Taqwa itulah yang menentukan amalan-amalan kita betul-betul di dasarkan pada keimanan dan Islam. Oleh itu taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan sistem Allah. Kalau sistem Islam tidak diawasi oleh taqwa maka ia akan lemah, akan lalai, akan dicerobohi dan akan terdedah kepada penyelewengan-penyelewengan. Biarlah taqwa itu berasaskan pada iman dan Islam. Kerana itulah kita perlu meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap Islam.

Tidak dirasai perlunya kepada pengawasan taqwa ini kecuali orang yang telah banyak berjihad di jalan  Allah SWT dan  yang banyak menderita dalam berjihad menegakkan kalimah Allah SWT. Mereka ini merasakan amat perlu pada pengawasan ini. Dalam perjalanan nanti mereka akan berjumpa dengan daya penarik yang banyak seperti pangkat, kebesaran, wang, kemewahan dan kedudukan. Tanpa taqwa mereka akan tercicir, tidak tahan dan tanpa disedari akan diperalatkan oleh sistem yang lain. Sedangkan hal ini bersalahan dengan nilai taqwa itu sendiri.

Orang yang tidak biasa berjalan di atas jalan dakwah ini tidak akan berhajat kepada taqwa. Orang yang tidak pernah menderita dalam menegakkan Islam tidak akan berhajat kepada taqwa.Kerana itu,berbaiah kita pada perjuangan bermaksud kita bersedia untuk diuji.Harta,pangkat,keluarga semuanya kita siap untuk diuji kerana Allah bakal menggantikan dengan yang LEBIH BAIK disana.

fa iza maridtu fahuwa yasfin -when I'm ill it is He who cures me.Alhamdulillah setelah hampir seminggu lebih diserang selsema,batuk dan demam..hari ini baru kebah.Cuti kerja setelah kena marah dengan kakak dekat office: kak mai cakap" awak jangan paksa diri.kalau tak larat tak payah datang.cuti jer.Biar shamini backup" bukan sorang jer,semalam pun dah kena marah sebab paksa diri juga datang office.Sebenarnya nak kumpul cuti untuk bulan puasa dan raya nanti.Sayang nak cuti.Nak ambil mc mahal sangat dekat swasta.hehe.

Alhamdulillah selesai dengan jayanya program symposium ni hasil kerjasama semua pihak.Lepasni kene handle 2 orang lagi professor dari Jepun.

Setiap kali makan makanan sedap,teringat ummi dekat rumah.Sedih sebab ummi tak dapat rasa apa yang saya makan.Berazam satu hari nak bawa ummi jalan-jalan dan makan macam ni juga.Saya dah selalu dapat.Ummi jarang-jarang.Rasanya tak pernah pun.Syukur Allah murahkan rezeki saya.Harap ummi boleh juga makan camni.Free sebab ada company support :)


Lepasni akan bertambah lagi kerja-kerja kat office.Apatah lagi baru sahaja selesai audit file.Barulah faham kepenatan susun dokumen untuk audit.Nasib belum tahap ISO lagi.Boleh pengsan kat pejabat.

Selingan iklan dan program2x ilmiah untuk pembaca ikut


Paling special someone hadiahkan this word for me.Tak tahu lah betul ke tak.Just smile when reading this statement.only Allah knows me better :)


nota kaki: Sebenarnya demam ni bukan sebab banyak kerja kat office tapi sebab baru balik dari kem latihan ketenteraan.Maklumlah dah dekat 2 tahun tak follow mana-mana latihan ketenteraan sekali ikut balik terus demam la.Haha..InsyaAllah latihan ni akan digunakan waktu -waktu emergency dikala menyampaikan dakwah. Hidup matiku,ibadahku kerana-Mu ya Allah

-Tammat-
post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images