"Tahaduu tahabuu"

9:23:00 AM



 Bismillahirrahman nirrahim

Segala puji hanya bagi Allah. Semoga selawat dan salam senantiasa tercurah kepada Rasulullah. Aku bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata, dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Amma ba’du.Hari ini nak cerita yang sempoi-sempoi je.Kalau setiap masa serius boleh putus urat dawai dalam kepala saya.Mana yang nak kerja,mana nak ingat subjek kejuruteraan,mana nak mendalami islam,mana nak baca sejarah.Cukup haribulan pengsan.hehe.Tapi Allah hebat sebab menciptakan manusia tidak seperti komputer.Walaupun memori dah penuh..Allah masih memberi ruang untuk kita memahami dan menyimpan memori.Subhanallah."Tahaduu tahabuu" apakah yang dimaksudkan.Baca bagi habis nanti tahulah.(ngeh3x)

Al Imam Al Bukhari telah meriwayatkan hadis di dalam Sahihnya (2585), dan hadis ini memiliki hadis-hadis pendukung yang lain. Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerima hadiah dan membalasnya.”

Dan di dalam Ash Shahihain (Shahih Al Bukhari dan Shahih Muslim) dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila diberi makanan, beliau bertanya tentang makanan tersebut, “Apakah ini hadiah atau shadaqah?” Apabila dikatakan, “Shadaqah” maka beliau berkata kepada para shahabatnya, “Makanlah!” Sedangkan beliau tidak makan. Dan apabila dikatakan “Hadiah”, beliau mengisyaratkan dengan tangannya (tanda penerimaan beliau). Lalu beliau makan bersama mereka. (HR. Al Bukhari [2576] dan Muslim [1077])

Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda,
"Tahaduu Tahabuu"

“Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” (HR. Al Bukhari dalam Adabul Mufrad, lihat Shahihul Jami’ [3004] dan Al Irwa’ [1601])

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda,

“Penuhilah undangan, jangan menolak hadiah, dan janganlah menganiaya kaum muslimin.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, Al Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Shahihul Jami’ Ash Shaghir [158])
Dalam beberapa bulan kerja dekat AMMP ni dah banyak hadiah saya dapat.Hadiah dari sahabat sejati,teman tapi mesra tu tak payah cakaplah memang selalu..tul tak fauzun,adah dan roomate terCINTA..??Dekat office setiap kali ada yang pergi outstation, balik confirm bawa buah tangan.Mula-mula segan juga nak terima,lama-lama dan jadi macam rutin.ish3x..teruk kan.

Semalam dapat hadiah dari korea.Dah lama taw mengidam nak beli chopstick.Setiap kali nak beli teringat family kat kampung yang mungkin memerlukan duit.So tak jadi beli.Saya akan berfikir banyak kali setiap kali nak beli sesuatu untuk diri sendiri.Takut-takut dalam rezeki dan duit yang Allah bagi dekat saya ada amanah yang harus dikongsi buat insan lain.ada sejumlah sumbangan yang harus saya sedekahkan buat insan lain.

Tapi alhamdulillah sekali dapat chopsticks..2 terus.Dahlah ada corak bunga.Saya memang suka corak-corak bunga.Ala-ala english decoration la konon.haha.sets for couple :) boleh guna makan dengan mama.,hehe nak tunggu makan dengan couple berzaman la,boleh tumbuh janggut.haha.Tapi sayang nak gunalah..sebelumnya dapat hadiah dari Las Vegas.Semalam juga dapat cokelat dari new zealand.kenyang makan cokelat.Dulu malu-malu nak minta hadiah ,sekarang walaupun dalam nada gurau..mesti minta juga.hehehe.dan tak sangka dimurahkan rezeki,dapat.YEAY..!!

InsyaAllah..ada rezeki saya pergi overseas pula,saya belikan untuk mereka.Tak sabarnya nak gi australia menjenguk kakak kat sana.Tak jadi pergi jepun huhu..sebab sensei yang nak datang sini.Tak apa..bila-bila ada rezeki mesti Allah mudahkan.yang penting simpan niat dalam hati,usaha,yakin,tawakal..Allah pasti bukakan jalan dan perkenankan.

lagi satu alhamdulillah buku edisi aku terima nikahnya dah habis baca.Tajuk terakhir adalah "murobbi cinta,seorang nabi". tak sangka akan menghabiskan buku tu dengan rembesan air mata.Ya Rasulullah..aku rindu padamu.denyut nadiku menyebut namamu.semoga cintaku dan engkau bersatu.Tajuk terakhir berkisar tentang detik-detik terakhir habibullah.Baca sejuta kali pun tentang  detik terakhir Rasulullah,confirm saya menangis.Betapa saya tidak dapat menandingi Cinta Habibullah buat ummatnya.

okeh..tak nak sedih-sedih pagi2x.Semoga berjumpa lagi di lain masa.Nak balik kampung esok.Mama dah rindu.hihihi..dengan nak bagi hadiah dekat anak-anak buah.Tak sabar.ok..
HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK BERSYUKUR KERANA ALLAH BERIKAN SAYA NIKMAT IMAN DAN ISLAM, ALLAH BERIKAN SAYA KESIHATAN, ALLAH BERIKAN SAYA MAKANAN, MINUMAN, ALLAH BERIKAN SAYA NAFAS, ALLAH BERIKAN SAYA KEDUA IBU BAPA DAN KELUARGA, ALLAH BERIKAN SAYA SAHABAT2 YANG BAIK, ALLAH BERIKAN SAYA PAKAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KEDAMAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KAKI, TANGAN. ALLAH BERIKAN SAYA MATA, TELINGA DAN LAIN-LAIN LAGI. CAKAP PADA HATI, HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK MENCARI REDHA ALLAH, BUKAN PENGHARGAAN MANUSIA.
nota hati: Pada setiap yang aku berikan ,jangan disalah ertikan.Aku memberi tanpa meminta balas.Aku memberi kerana ada rasa cinta.Aku memberi kerana ku tahu tangan yang memberi lebih baik dari yang meminta.Cinta ku buat kamu wahai saudara-saudara islamku adalah cinta dari Allah.Bertemu dah berpisahlah kerana Allah.Renungan..Ketika kita dihulurkan cinta oleh Allah swt berupa cinta kasih sayang berbentuk ujian, samada sakit, kekurangan harta, susah dan lain-lain, kita mula merasa resah, hati kita cepat gelisah, cepat melatah dengan emosi kita yang tak menentu, ditambah dengan syaitan yang cuba merasuk dan mempengaruhi jiwa kita.ampunkan dosa hambamu ini ya Allah.kerana aku juga insan..yang lemah lagi hina.wassalam :)
post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images