Apabila malaikat jadi manusia

5:07:00 PM



Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt..Kisah ni saya petik dari seorang pengamal perubatan Islam.Kisah ini menyedarkan saya betapa ayat Allah didalam surah at-tin

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Q.S AT-Tiin : 4)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (al-araaf :179)

Ramai manusia sibuk nak jadi diri mereka macam malaikat tapi mereka lupa Allah dah sebut dalam Quran ,manusia adalah sebaik-baik penciptaan..Malah ada sesetengah insan mendabik diri seolah-olah dirinya suci umpama malaikat.tahu tak anda kisah apabila malaikat dijadikan manusia oleh Allah..Renungi kisah ini.

Dikisahkan...pada masa itu...apabila malaikat penjaga langit  melihat roh manusia yang sudah meninggal dunia dibungkus dengan pakaian serba hitam dan berbau sangat busuk (roh manusia yang buruk amalnya)...

...maka kalangan mereka ada yang sentiasa berkata bermaksud...memanglah manusia ini suatu makhluk yang sangat ingkar...dan begitulah keadaannya berterusan...

Sehinggalah pada suatu ketika...Tuhan berfirman kepada para malaikatnya yang bermaksud...pilihlah dua orang malaikat yang terbaik dalam kalangan kamu...

Maka para malaikat sepakat memilih Malaikat Harut dan Marut yang kemudiannya Tuhan jadikan sebagai dua orang  lelaki  manusia  biasa  dan  dilengkapi dengan nafsu sebagaimana manusia...

Kedua malaikat itu diturunkan kemuka bumi dan tinggal bersama kalangan manusia...kemudian Tuhan datangkan kepada mereka ujian...

Akhirnya kedua mereka meminum arak...berzina dan membunuh seorang wanita...

Maka Tuhan  mengangkat mereka dari dunia...dan memberi pilihan samada menerima seksaan kerana perbuatan mereka itu...di dunia ini atau di akhirat kelak...

Maka   mereka  memilih  pembalasan dunia...dan dikatakan  digantung  antara  langit dan  bumi  hingga   ke Hari Kiamat...

Sejak itu.....apabila  malaikat  penjaga  langit melihat roh manusia yang bercahaya gemilang kerana baik amal serta akhir  hidupnya...meraka  bertanya-tanya  dengan penuh kekaguman...roh siapakah ini...bagaimana ia boleh keluar dari  kehidupan dunia dengan sebaik ini...sedangkan kalangan kita yang terbaik pun boleh jatuh tergelincir..Dan cerita ini bukan rekaan.Telah di ceritakan didalam al-Quran pada ayat ini:


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.

itu kisah malaikat jadi manusia.bagaimana manusia yang memang azalinya manusia..Kalau perempuan suka compare kan diri dengan bidadari bermata jeli.Tahukah anda para wanita,sekiranya anda berjaya atas ujian dimuka bumi ini..kecantikan anda lebih lebih berapa kali ganda dari bidadari di syurga tu.Anda menjadi ketua bidadari buat suami anda di akhirat.Kenapa?Kerana bidadari yang sedia ada disyurga tidak diuji keimananya.Oleh itu,Janganlah kita mudah menghina.malaikat menghina manusia dan mereka telah diuji Allah.Buktinya kisah diatas.

Kenapa kesedaran hina-menghina ini penting?kerana belum datangnya ujian berat buat diri kita.Kita memandang penzina,pembunuh sebelah mata sahaja.seolah diri kita sudah sempurna,sangat suci dari dosa dan  segala ujian.Kita memulaukan mereka yang ingin kembali bertaubat. Kita menghina mereka mengatakan Allah tidak akan terima mereka.Sedangkan soal terima/tidak..soal dosa/pahala..soal neraka/syurga semua itu ditangan ALLAH!!

Kerana itu,kita dapati manusia yang banyak di uji itu adalah manusia yang paling banyak diamnya dan sedikit percakapannya.Kerana dia takut..Allah menguji atas setiap apa yang dia perkatakan.Dan saya benar-benar telah diuji atas segala apa yang saya telah katakan.Kerana itu duhai manusia,sediakan diri kita untuk diuji setelah apa yang telah kita katakan..

nota kaki: Atas saranan ustaz,saya mengamalkan ayat 102 diatas sehingga hafal sebagai penawar dan sekaligus pendinding dari sihir dan gangguan jin.Allahu huwa syafi'. Segalanya atas izin Allah.Hanya  kita yang harus memilih untuk menjadi lemah ataupun kuat dengan ujian-NYA.
.post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. bersyukurlah di atas apa sahaja bentuk kejadian diri kita yg Allah telah ciptakan. pasti terkandung HIKMAH padanya.

    ReplyDelete
  2. betul tu.kisah versi lagi satu boleh baca di forum ini..

    http://forum.rc.my/Thread-Kisah-Malaikat-Bernama-Harut-dan-Marut

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images