Jom buat tapai ^_^

9:06:00 AM


Bismillahirrohmanirrahim..Assalamualaikum wbt.Hari ni nak belajar buat tapai pulut.Kalau orang jawa,tapai pulut dibungkus dengan daun pisang jer.Tapai ubi pun dibungkus dengan daun pisang.dulu saya suka sangat tapai pulut,tapi sekarang dah beralih arah.suka kepada tapai ubi pulak.Kenapa??sebab tak boleh sangat makan pulut.Berangin.


Nak buat tapai pulut ni, senang amat sih. Bahan utama; beras pulut dan ragi. Memula kena kukus dulu beras pulut, pastu taruk lam bekas, tabur and gaul dengan ragi. Pastu biar kejap, nak kasi die sebati dulu. Then, boleh lah memulakan acara membungkus tapai pulut secara berjemaah. :p

Tudiiiia cara nak bungkus tapai pulut ni. Senang kot bagi yang dah selalu buat. Hehehe. Korang boleh pakaidaun getah @ jambu @ pisang @ bekas plastik. Tak kisah la, asalkan daun. -.-” Pastu, lidi or staple tuk kemaskan bungkusan tu karang. So, step2 untuk bungkus :
  1. Bersihkan daun getah tu *or daun ape2 yang korang pakai*
  2. Jadikan daun tu macam bentuk kon
  3. Masukkan pulut tadi *ikut size daun tu, kalau kecik, letak la sikit je*
  4. Lipat daun yang belah depan tu ke dalam.
  5. Lipat bahagian kiri daun ke dalam.
  6. Lipat bahagian kanan tu ke dalam *biar bertindih dgn lipatan awal tadi*
  7. Pastu selit la lidi or staplekan bungkusan tu
  8. Tadaaa!! Jadi dah :p
Actually. ade banyak cara nak bungkus tapai pulut ni. ikut selera masing2 la. Hehe. Dah setel bungkus semua, masukkan dalam bekas n balut bekas tu pakai kain batik or tuala or kain ape2 la. Kena balut pakai banyak kain. Pastu simpan la for 2 or 3 hari gitu..Then dah Siappp..!!!

sumber dari:TapaiRaya

post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. sihir...ya Allah, Kita berlindung daripada kejahatan iblis dan syaitan..

    Terima kasih kerana dapat berkongsi informasi ini..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak sal.tapi yang saya kongsi diatas buat tapai :)

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images