Maintain Purchasing Power

8:06:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim..
Gold: Maintain the purchasing power


Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.
Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.
Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.
Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.
Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.
Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.
“Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).
“Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif),” kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.
Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.
“Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi,” kata beliau.
Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.
Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.
Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.
Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.
Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).
Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.
Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.
Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini. -TMI

nota kaki: kini matawang semakin ghaib.Segala transaksi hanya melalui digital.Kita sendiri tidak tahu dimana datangnya duit dan kemana ia ditujukan.Banyak perniagaan yang menimbulkan tanda ragu dan was-was..Akibatnya ramai yang terjebak dalam riba'.Solusinya kembalikan dinar dan dirham dalam sistem matawang.Kembalikan Islam dalam segala aspek kehidupan kita.


Nota hati: Hari ni melihat kakak yang ayu tu sejuk hati.Walaupun saya ada mata dan boleh melihat tapi selalu tidak tahu bersyukur.Jadi melihatnya setiap pagi membuatkan saya bahagia dan tenang.Terima kasih Ya ALLAH.Senyum sikit...hehe..

post signature

You Might Also Like

2 strawberries yummy

  1. Nilai emas akan kembali meningkat beransur2..Ambil peluang beli ketika harga masih lg berlegar sekitar 1600/auns sblm ia akan memuncak ke paras yg tertinggi spt september thn lps iaitu 1900/auns..

    Mengikut trend thn2 lps, harga emas akan naik ketika umat islam berpuasa pd bulan ramadhan.. Ada sbln lbh lg sblm umat islam berpuasa. Jadilah pengguna yg bijak berbelanja :)

    ReplyDelete
  2. trima kasih atas perkongsian info

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images