Rahsia rumahtangga JANGAN dicanang di FB

10:36:00 AM


Assalamualaikum..Bismillahirrahmanirrahim

Semenjak saya buka account FB semula,jiwa jadi kacau.Tangan ni rajin jer nak deactivate semula akaun tu.Saya buka pun ada sebabnya..ramai yang menyuruh saya berdakwah melalui medium FB juga.Pada saya dah tak perlu kot since saya tengok dah ramai pendakwah dalam FB tu.Tapi saya masih bertahan lagi..

Perkara yang paling membuatkan saya tidak tahan adalah status-status dari pasangan pengantin yang cukup-cukup menggelikan..Bermanja-manjaan di FB.seolah tidak cukup di rumah, tidak cukup lagi ber meseg di handphone..tambah lagi manja tu di FB.

Dulu ada orang kata kat saya..bukalah FB..sbb presiden lama mesir dulu jatuh sbb sokongan FB, Bersih pun famous sbb sokongan FB..Tapi hati saya kata,Presiden lama Mesir jatuh sbb adanya ALLAH..BERSIH famous pun sbb adanya ALLAH..

Bab rahsia rumahtangga..tolonglah jaga.Janganlah dicanang di FB.Ini teguran secara halus. Ada orang kata inilah cara nak tunjuk sayang isteri,sayang suami.Nabi Muhammad pun buat benda yang sama..Anda silap..Nabi tak buat dengan menunjuk-nunjuk..

saya share ulasan dibawah ini..

"Masak nasi pun isteri tak pandai, apatah lagi nak suruh dapur di rumah tu nak berasap." 

"Kalau hujung minggu nak ajak keluar memang susah, suami saya tu matahari dah tinggi baru nak bangkit tidur."

Pernah dengar dialog ini? Paling tidak pun mungkin dari cerita di kaca TV. 

'Teladan-teladan' dari drama-drama ini mungkin banyak yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Tapi bukankah kelemahan dan keaiban pasangan kita itu juga adalah rahsia dalam rumah tangga yang perlu dijaga? Setiap manusia ada kelemahan. Kitalah pasangan yang akan saling melengkapkan kelemahan dan kelompongan itu menuju kesempurnaan hingga kita sekeluarga meraih syurga-Nya. 

Namun, tidaklah saya bermaksud apabila pasangan didera secara mental dan fizikal juga perlu disimpan sebagai rahsia. Islam sudah menyediakan platform dan cara bagaimana mengurus rumah tangga. Dari timbulnya konflik, cara-cara mengurusnya, dan tempat aduan sekiranya ia tidak dapat diselesaikan berdua. 

"Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan."
(An-Nisa': 35)

Hakikat rahsia itu sendiri tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja. Di sini  saya ingin berkongsi sedikit petikan artikel hakikat rahsia dalam rumah tangga dari Majalah Sinar Rohani terbitan JAKIM, Mac 2003. 

Hakikat Rahsia

1. Rahsia Khusus
Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Imam Al-Ghazali ada mencatatkan dalam kitabnya Mukasyafatu Al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama' mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah "satu perkataan atau satu ayat" supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua. Maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga. 

2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan
Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianatinya dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta kita segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini, kita sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri Sam'un Al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh sehingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Sebolehnya cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka. 

3. Rahsia Harta Benda
Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:
"Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah." 
(Hadith Riwayat At-Thabrani)

Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya dikatakan 'harta' dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawab suami isteri menjaganya sengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika ada orang menjenguk-jenguk rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah biji matanya, maka tidaklah engkau berdosa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Rahsia Bilik Tidur
Inilah rahsia paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan intim suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, penglihatan dan pendengaran orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak. 

5. Rahsia Berhubung Soal Maruah
Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:
"Adapun wanta-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah memelihara mereka."
(An-Nisa': 34)
Dalam hal ini banyak perkara yang boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga dirinya seperti:
- isteri atau suami berlaku curang kepada pasangannya. 
- pasangan mencari hiburan di luar rumah.
- pasanga menduakan suami atau isteri. 
- pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain. 

6. Rahsia Berhubung Nafkah
Dalam hal ini, suami wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami kedekut dan bakhil, atau suami yang terlalu boros atau bermewah-mewah. oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri, isteri dan anak-anak. Jangan biar sehingga rahsia yang tidak disimpan menjadi umpatan orang lain.

Iktibar Sirah
Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seperti kebijaksanaan Khadijah r.a dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah s.a.w iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira' di mana beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang-orang tertentu untuk mendapatkan pandangan  dan tidak merujuk kepada sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenalpasti layak menjadi tempat rujuk dan menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Wraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang kepada ajaran tauhid. Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah  s.a.w sendiri menerima perintah untuk pergi ke tengah masyarakat bagi menyampaikan wahyu. Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang dihadapi termasuk hal rumah tangga, mohonlah bantuan daripada Allah. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat bagi membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. 

~Moga kita semua selamat mengemudi baitul muslim hingga ke syurga-Nya yang abadi.~

post signature

You Might Also Like

5 strawberries yummy

  1. memang macam2 ada kat fb..kena pndai pilih..klu tak suka, spam atau sembunyikan cerita, jadi tak buang masa nk tengok.... bnyk juga yg islamik dan info yg menarik..
    ibu ni..sb ada 2 org anak berjauhn, ibu pantau fb mereka..trkdg pula contact mrk mlalui fb, murah sikit..tk nak guna hp lelama sb bahaya juga,kan.

    ReplyDelete
  2. kak sal:xsalah nak guna fb.cuma pape hal privasi mungkin boleh meseg saja dekat fb.Xperlu nak post sgt untuk tutupan umum..chatting pun ok.

    ReplyDelete
  3. Rambut sama hitam tp hati lain2.. lain orang lain pendapat..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images