Mukmin yang Kuat

9:27:00 AM


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Perumpamaan orang mukmin adalah seperti tanaman yang selalu digoncang angin.(begitu juga orang mukmin selalu diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran)... 

Assalamualaikum wbt..Selamat pagi semua.Kesibukan hidup di kota raya serba sedikit merubah personaliti hidup seseorang.Benar orang kata..hidup dikampung lebih tenang dan menyamankan.Kota adalah bandar yang sangat sesuai bagi manusia2x yang memang nak cari rezeki banyak tapi tidak sesuai buat mereka yang ingin beramal banyak.itu pendapat saya.

Dulu saya juga setiap pagi berlumba-lumba nak naik bus.wlupun bus dah sarat penuh dgn penumpang yang bercampur baur lelaki dan perempuan mengalahkan perhimpunan bersih.hehe..tapi tidak ada pula yang mempersoalkan tentang dosa bersempit dalam bus..

itu dulu..skang saya lebih rela dimarah datang lewat daripada menanggung dosa bersempit-sempitan didalam bus..saya ingin dunia itu saya takluki..bukan dunia menakluki hati saya..

Rupanya menjadi mukmin yang kuat dan kebal ini payah.pernah satu hari saya bermolog ketika saya berhadapan dengan sakit akibat gangguan.."Tuhan..andai kesakitan ini,gangguan ini adalah asbab aku untuk menemui-MU dan Rasul-Mu dalam senyuman..maka jadikanlah diriku hamba yang Redho".Fahamlah saya kerana itu mukmin kuat it sangat-sangat dicintai Allah.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: "Mukmin yang kuat lebih baik dan disayangi oleh Allah S.W.T. berbanding Mukmin yang lemah." [Riwayat Muslim]

Nikmat Iman merupakan antara nikmat terbesar kurnian Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Sudah tentu nikmat ini tidak boleh dipersiakan walaupun sesaat dengan menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, lalai dan leka dalam menunaikan perintahnya serta tidak patuh kepada larangan-Nya. Jika kita mempersiakan nikmat Iman ini dengan perkara-perkara tersebut nescaya kita akan menjadi Mukmin yang lemah dari segi Imannya.


Dalam Hadis yang dinyatakan di atas, Jelas kepada kita bahawa Mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada Mukmin yang lemah dan Mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah S.W.T. berbanding Mukmin yang lemah. Oleh itu, kita semestinya memahami pengertian 'Mukmin Kuat' tersebut dengan fahaman yang meluas dan bukannya dengan fahaman yang sempit. Seorang mukmin mestilah kuat dari segi imannya kepada Allah S.W.T., kuat dari segi pegangan Aqidahnya, kuat dari segi 'aqal pemikiran dan juga ilmunya, kuat dari segi rohani dan jasmaninya dan kuat (baik) dari segi akhlaqnya.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang hamba yang dicintai dan disayangi oleh Allah S.W.T. kita mestilah menjadi Mukmin yang kuat. Jumpa lagi... Mukmin Power!

saya quote paragraph diatas dari senior saya di IIUM dulu-ust Ridhwan(Biar Berilmu daripada Jahil)

nota kaki: Tuhan..kuatkan kami dijalan-MU sehingga kami menemui-Mu disana.
post signature

You Might Also Like

2 nasihat