Tahniah Jurutera IIUM

8:08:00 PM


Proton dicabar rampas semula status pengeluar utama

Mahathir Mohamad menyampaikan replika cek RM50,000 juara keseluruhan PGMC 2012 kepada pasukan dari UIAM Smart Mobility yang diwakili oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan UIAM, Prof. Datuk Wira Mohd. Nor Salleh (tiga dari kanan), Pengurus Pasukan Prof. Madya Dr. Md. Ataur Rahman dan pemandu (pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal Automotif), Mohd Nasruddin Ahmad di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
SEPANG 7 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) merampas kembali status sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia.
Beliau berkata, Proton perlu mengeluarkan kereta yang berkualiti dan diterima ramai sebelum berhasrat melangkah ke peringkat antarabangsa.
"Kita mahu melihat Proton menjadi pemain utama dalam penjualan kereta di negara ini jadi Proton mesti mengeluarkan kereta yang diterima ramai," katanya selepas majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Proton Green Mobility (PGMC) 2012 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.
PGMC merupakan perlumbaan kereta melibatkan universiti tempatan dalam mereka bentuk dan membangunkan semula kereta Proton model Saga untuk dijadikan kenderaan elektrik.
Sebanyak 10 universiti tempatan mengambil bahagian dalam perlumbaan 14 pusingan itu yang bertujuan mempromosikan penggunaan kenderaan hibrid dan elektrik.
Dalam pertandingan itu, pasukan Smart Mobility dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya mengungguli tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dirangkul Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Mengulas lanjut Dr. Mahathir berkata, jika Proton berhasrat melebarkan sayap ke peringkat global, produk keluarannya perlu mampu dijual di Malaysia terlebih dahulu.
Sementara itu, beliau menggesa pengeluar kereta tempatan mencipta teknologi baharu dengan menggunakan kepakaran jurutera tempatan.
Pada masa ini ujar beliau, industri automotif tempatan banyak bergantung kepada teknologi luar dan meminggirkan kepakaran tempatan.
"Kita mempunyai jurutera tetapi tidak memperkenalkan teknologi baharu, kebanyakan hanya memasang produk yang dibuat oleh orang lain dan guna apa jua teknologi dari luar.
"Masanya sudah tiba untuk kita memikirkan teknologi baharu supaya kita mempunyai harta intelek yang dengan sendirinya boleh menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121008/dn_06/Proton-dicabar-rampas-semula-status-pengeluar-utama#ixzz29H4jOG2T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

post signature

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images