Indahnya pada memberi

5:03:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Masuk hari ni hampir 3 minggu usia perkahwinan kami. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai terutamanya pada kalimah keramat :S.A.B.A.R..





subhanallah...Allah memang menciptakan pasangan itu saling melengkapi, dimana kekurangan kita..disitu Allah lebihkan pada pasangan.

Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang sabar dan memahami..

Allahu akhbar..kerana walaupun kadangkala duduk berasingan..deria rasa dan perasaan itu sama!!

"dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"

Benar sungguh tulisan ustaz hasrizal.."siapa yang memberi lebih sebenarnya mendapat lebih"

Kini menghitung hari untuk berhenti kerja di UM.
Dalam proses mencari pekerjaan baru..Hajat dihati teringin merasai kerja sebagai jurutera di mana2x syarikat..tetapi pesanan halus dan lembut suami singgah di cuping telinga

kekanda : "Kerja ni tak semestinya gaji lumayan dan ada pangkat dan nama..Yang penting bila kerja tak             stress dan ada keberkatan.Allah pun redho."

Adinda: "..............terdiam,tersentuh cuma tak tunjuk jer"sungguh seolah-olah ia adalah ingatan dari Allah bahawa hidup jgn kerana dunia,biarlah gaji sedikit tapi bermanfaat untuk akhirat..tersentuh dgn pesanan suami tersayang.

memberi tidak hanya pada yang nampak dari zahirnya..kadangkala memberi pesanan itu lebih besar impaknya dalam hidup kita..Pada saya itu antara untungnya bercinta selepas nikah.

iye..memang Allah tunjukkan sedikit demi sedikit kekurangan si dia tetapi Allah tunjukkan lebih banyak kelebihan si dia terchenta..Mungkin ada sedikit salah faham tetapi itulah namanya proses mengenali.Kerana kita tidak mengenalinya sebelum nikah.

Bercerita tentang pengalaman taaruf sebelum nikah..saya adalah insan yang susah memberi ruang untuk dikenali.."Susahnya mengenali saya adalah cabaran hebat.."kata si dia.kerana saya takut terluka..takut segalanya.Tetapi siapa sangka perancangan Allah..tidak sampai 6 bulan..Allah satukan kami.

dan pesanan kak sue sebagai org tengah.."FAIZA AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH"

kalimah keramat itu yang saya pegang sampai lah ke akhir hayat..orang tengah saya bukan seorang.seisi rumah sewa saya tu dilantik jadi orang tengah. Syukur,setakat ini kesihatan dalam keadaan baik.semoga Allah beri kesempatan menambah amalan dikala sihat.

Para pembaca sekalian,pesanan saya yang hina ini lagi kerdil..percayalah pada Allah lebih dari segalanya..

kerana sampai bila pun..hanya Allah yang pasti disisi kita..sentiasa mendengar luahan hati kita.dalam diam,dalam tangis,dalam ketawa..DIA sentiasa bersama kita.

Tribute to kekanda tercinta
"Cemburu pada Abang yang banyak memberi..Berharap dapat memberi lebih dari Abang..mood dahagakan syurga dan isinya (^____^)..pimpin saya kepada-Nya.




post signature

You Might Also Like

7 strawberries yummy

  1. AH YE! mas pernah pos kat grup batch kami pasal kakak dia kahwin. hehe.

    barakallahulakuma~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    moga sentiasa bahagia dlm meniti kehidupan bersama diserikan dengan iman dan takwa..amin amin

    ReplyDelete
  3. Ada butang like x nak like ni :p..

    ReplyDelete

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images