Mummylicious untuk ibu mengandung

11:47:00 AM

Product Description

 

MUMMYLICIOUS SUSU KAMBING

Mummylicious Susu Kambing sesuai untuk hidangan seisi keluarga terutamanya ibu hamil bagi membekalkan nutrisi untuk memelihara kesihatan tubuh badan. Shaker dan sudu penyukat disertakan bersama.
Mummylicious Susu Kambing hadir dengan dua perisa iaitu vanila dan strawberi.

KHASIAT MUMMYLICIOUS SUSU KAMBING

  • Meningkatkan sistem imunisasi bagi membantu mencegah jangkitan penyakit
  • Membantu merawat sakit sendi
  • Memelihara kesihatan kulit
  • Membantu mengatasi keletihan dan kelesuan
  • Meningatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan
  • Membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • Membantu merawat masalah gastrik
  • Menambahkan susu badan bagi kaum ibu
  • Mengurangkan rasa loya bagi ibu hamil
  • Membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu mengurangkan paras kolestrol

KANDUNGAN MUMMYLICIOUS SUSU KAMBING

  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
  • Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
  • Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.
  • Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan radang. Ia juga bersifat antioksidan bagi membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel di samping menstabilkan tahap kolestrol. Minyak yang diesktrak daripada buah zaitun ini juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan kesihatan rambut serta mengurangkan risiko serangan kanser.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, ia kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.
  • Manna: Manna ataupun sering dipanggil gam Akasia dan gam Arab kaya dengan serat dan membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, ia turut berupaya mengatasi masalah kulit yang tidak anjal dan membantu memulihkan cirit-birit dan perut kembung.
  • Avocado: Buah avocado tinggi kandungan lutein yang merupakan sejenis karotenoid yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Selain itu, ia juga mengandungi tocopherol atau vitamin E yang berupaya memelihara kecantikan kulit, manakala kandungan asid oleic pula berupaya mengurangkan tahap kolestrol di dalam tubuh seterusnya memelihara jantung anda. Avocado juga baik untuk ibu hamil, di mana ia membantu memelihara kesihatan bayi di dalam kandungan.

CARA PENGAMBILAN MUMMYLICIOUS SUSU KAMBING

  • Bancuh Mummylicious Susu Kambing bersama 120 ml air suam.
  • Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  • Simpan di tempat yang kering dan dingin.

Incoming search terms:

  • mummylicious
  • susu kambing mummylicious
  • mummylicious susu kambing
  • susu mummylicious
  • susu kambing mummylicious untuk bayi
  • mummylicious untuk bayi
  • mummylicious susu kambing untuk bayi
  • mummylicious susu
  • kebaikan susu kambing mummylicious
  • kebaikan mummylicious

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images