Jadilah golongan yang sedikit
10:59:00 AM
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum.Alhamdulillah masih diberi nafas hari ini.Walaupun suara tak ada tiba-tiba.Ingat makan madu nak kurangkan batuk,tiba-tiba suara pula yang hilang :) Kene banyak kan minum air la kan.
Ada masa free sikit nak update blog.Tajuk golongan yang sedikit.Saya berharap saya adalah insan yang tergolong dalam golongan yang sedikit yang banyak kali Allah sebut dalam Quran.
Allah swt menegaskan orang-orang yang benar-benar bersyukur adalah
sedikit sekali bilangannya. Firman Allah swt dalam surah As-Saba’ ,
ayat 13 yang bermaksud:
“Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur”
Bersyukur diwaktu senang memang ramai yang boleh melakukan tetapi menerapkan rasa bersyukur dikala diri dilanda kesusahan,sakit dan ujian masyaAllah sangatlah berat.Benar kata ustaz Asri.Ramai orang boleh bersabar tetapi tak ramai yang boleh bersyukur.Saya berdoa Allah pilih saya antara insan golongan sedikit tersebut.
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas sehari lagi di bumi Allah swt ini, kita
sudah sepatutnya bersyukur. Kita pula dipilih untuk menerima ujian untuk
menambah darjat keimanan, maka kita harus bersyukur. Dan untuk
segalanya kita mesti bersyukur, kerana hati yang bahagia adalah hati
yang sentiasa bersyukur.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Al-Quran, surah Ibrahim: ayat 7)
Teringat bacaan saya pada majalah SOLUSI edisi terbaru.Ustaz Pahrol Juoi tulis, manusia yang rasa bersyukur ni tidak pernah rasa "memiliki" dan "dimiliki" selain Allah.Adakah kita ini tergolong dalam yang bersyukur.Renung-renungkan.
Walaupun Allah memiliki jiwa hamba tapi DIA tidak pernah mengikat hamba itu.Malahan DIA membuka 2 jalan untuk hamba-NYA memilih.Jalan yang baik atau buruk,jalan islam atau kafir,jalan bersyukur atau mengeluh.Subhanallah.Malahan Dia juga melepaskan hamba-Nya untuk berbuat sekehendaknya.Kerana CINTA itu tidak semestinya memiliki.Atau kata lain CINTA itu adalah kita melepaskannya,dan jika ia tetap kembali pada kita,ternyata ia memang untuk kita.Dan fitrah hamba..Allah melepaskan kita..dan bila kita susah dan sakit dengan sendirinya kita akan mencari ALLAH.Bukankah itu yang dinamakan CINTA..??Bersyukurlah dipilih untuk hidup dalam ISLAM.Alhamdulillah merasai nikmat iman dan islam.
Dengan itu,sombong sangatkah kita untuk sujud berteleku dengan rasa bersyukur,menangis penuh syukur kerana CINTA ALLAH...Muhasabah diri.Supaya kita menjadi golongan sedikit yang sering disebutkan Allah didalam al-Furqan.
nota kaki: Tuhan,jiwaku milik-Mu,segalanya yang ada padaku adalah milik-Mu.Hartaku milik-MU,kekuatan dan ketabahanku Milik-MU.Keluargaku milik-MU.Sahabat handaiku jua milik-MU.CINTAku jua adalah milik-MU.dengan penuh kerendahan,sudilah Engkau Ya Robb,terima CINTAku untuk-MU walau ia hanya sekadar setitis dari luasnya lautan milik-Mu.Jadikan kami ini termasuk dari hamba-hamba yang golongan sedikit iaitu yang bersyukur dengan nikmat-MU dalam susah dan senang
SENYUM SOKMO DEH..senyum meski derita,kerana itu juga tanda syukur.Aiwah :)
2 nasihat
suka blog akak ni.. bole share??
ReplyDelete:)
suka blog akak ni.. bole share??
ReplyDelete:)