Mulut Jahat
12:48:00 PMAssalamualaikum buat semua pembaca yang masih sudi melawat blog saya
sekarang ni masa-masa genting kepada Final exam
banyak dugaan yang perlu ditempuh
banyak buku dan notes yang belum diulangkaji
banyak lagi assignment dan projek yang perlu dihantar
semuanya harus dilaksanakan sebelum Final exam
Biasanya nak Final ni banyak dugaan dari orang sekeliling kita
dari sebaik-baik kepada sejahat-jahat mulut..Ooopss
Saya bukan apalah..pelik sangat-sangat
Tak tahulah memang fitrah wanita ni mulut laser
ataupun emosional
ataupun sengaja mulut tu jahat..
kesian sahabat saya..kadang kala terfikir
betul juga peribahasa yang berbunyi
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
tapi suka saya disni menukar peribahasa tersebut
terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata maaf dipohon..
tak salah kan kalau kita memaafkan kesalahan insan tersebut..walaupun pada hakikatnya sangat terguris
Apalah sangat rugi nyer memberi maaf kepada orang tersebut..
xrugi pun sikit, malah kawan2 akan dapat yang lebih dari itu
kawan2 akan dapat ketenangan dan ukhwah yang lebih bermakna
lebih bersikap berhati-hati bila bercakap dan lebih menghargai
erti persahabatan..
ini tidak..masing-masing berlawan sapa mulut paling jahat.
bangga bila jadi orang yang mulut laser..
bangga bila tengok orang lain sakit hati dengan percakapannya
malah bangga dengan memberitahu kat orang lain bahawa
AKULAH ORANG YANG PALING LASER MULUT DIDUNIA..
saya tulis blog ni sebab kawan saya
sampai menangis kawan saya tu dibuatnya dek kerana mulut laser kwn nya
kita hidup jangan suka membandingkan diri..
yang berhak membandingkan kita itu cuma ALLAH
so dalam dunia ini takder siapa yang bodoh dan takder siapa yang bijak..masing2 ada kelebihan
biarlah orang lain nak kata kita ni bodohke..lembap tahap unta ke...pemalas tahap gajah ke..
biar...
jangan sesekali kita terkesan dengan apa yang mereka perkatakan
kita adalah kita..kita yang lebih kenal diri kita..
kita kena semakin bangkit bila ada orang mengatakan begitu,
kita kene lawan..jangan biarkan ianya memakan hati kita..
sedih sedikit takper
tapi jangan sampai is menghancurkan masa depan kita.
kalau takut sebab statement tu orang tak kawan dengan anda..
xper..masih ada lagi insan yang ingin menjadi kawan anda yang mana ALLAH dah tulis disana.
Biarkan mereka yang mulut jahat itu..
doakan saja semoga satu hari dia akan sedar dan bertaubat.
Jadi buat teman saya..andai anda terbaca blog ni..ketahuilah
andai satu dunia ini tidak ingin mempercayai kamu...aku ada untuk membenarkan katamu
andai satu dunia ini menfitnah kamu..aku ada untuk mempertahankan kamu
andai satu dunia ini membenci kamu..aku ada untuk menyayangi kamu
andai tidak ada yang menyayangi kamu..ketahuilah pastinya aku sudah tidak berada didunia ini
tapi aku akan sntiasa menghantar pesanan dan berdoa moga ALLAH kuatkan hati kamu tika aku tiada lagi..
kita gagal kerana diuji..kita gagal kerana kita mampu hadapi
kita gagal kerana kita ingin mencipta...
sebuah kejayaan yang sangat besar kelak..
biar orang mengatakan kita xcerdik, xpandai..
tapi satu hari kita akan buktikan ALLAH tidak pernah memungkiri janjiNYA pada hambaNYA
yang sentiasa sabar di jalanNYA.
P/s -> tolong ceriakan diri temanku...kerana aku akan bersedih taat kamu menangis..dan aku akan terluka saat kamu cedera..
0 nasihat