Gatal sangat.

10:56:00 PM


Salam dihulur buat family dan sahabat2. hari ni nak share benda. pengalaman yang sedang dialami.
supaya sahabat2 yang duduk hostel berhati-hati dan tidak kene penyakit yang sama.
nampak tak gambar kat atas tu.
ni yang nak share ni.
tapi itu bukan tangan saya lah. tapi rupa jangkitan tu memang serupa.
Tak tahulah nak cakap macammana.gatal sangat rasa dia.mula2 ingat biasa jer lama-lama makin bertambah.
asalnya kawan sebilik yang kene.selang sehari saya pula yang kene.
jadi bila dah tak tahan pergi jumpa doktor.


doktor kata berjangkit so saya was-was nak gi kelas takut makin ramai pula yang kene.
jadi saya buat research tentang penyakit ni...bahaya la gak.

dan beberapa tips nak memulihkan daripada pembiakan kutu hama ni.

Scabies atau kudis buta disebabkan oleh sejenis hama. Jangkitan scabies dan kulat,

kedua-duanya menyebabkan gatal kulit. Bagi scabies, spray tilam, pakaian peralatan dgn

spray lipas/nyamuk dan rebus pakaian, basuh, bilas dan jemur di bawah sinar matahari

. Spray karpet, tilam, cadar, bantal, selimut, dll. Ada ubat sapu utk scabies dan kulat -

minta di hospital. Kedua-dua jangkitan memakan masa yg panjang sebelum reda sepenuhnya.


Sarcoptes scabiei adalah parasit penyebab penyakit scabies. Dalam bahasa Malaysia sering disebut sebagai

penyakit "kudis"kalau kita tak garu sangat dia tak teruk.so sapa yang kena elakkan dari menggaru walaupun

sangat gatal.tak pun garu guna towel tapi jangan sekali guna kuku

. Parasit ini biasanya membuat terowongan di bawah kulit manusia sehingga orang yang

terinfeksi parasit ini akan merasa gatal-gatal. Saat digaru, parasit akan merasa terganggu dan mencuba

berpindah tempat dengan membuat terowongan baru. 

Doa semoga cepat sembuh..sangat tidak selesa..mungkin kerana bilik kami kurang mendapat cahaya matahari..
mana taknyer hujung minggu jer buka tingkap. kalo tak nanti banyak pla kera masuk jadi penghuni bilik..huhu

moral yang saya boleh share jangan ambil mudah.nanti dah teruk macam saya dah susah nk ubat. makan masa yang lama.

so prevent is the better then cure

You Might Also Like

0 nasihat