Ada apa pada anime?

4:52:00 AM

Assalamualaikum buat yang mengenali diri ini..
Sudah lama mata terpaku pada papan keyboard…minda cuba menerjah kedalam fikiran tentang isi yang ingin dituliskan..jika hanya ingin menceritakan perkara yang sia-sia…saya tidak memerlukan masa yang panjang untuk berfikir …tapi ingin menghasilkan satu tulisan yang berbekas dihati itu bukanlah satu perkara yang mudah..
Diharap anda semua sihat dan semakin mencintai Tuhan yang Satu..Saya sekadar ingin memperkenalkan serba sedikit diri saya..saya adalah peminat anime yang sangat dasyat…dari anime yang funny,sad,samurai semua saya layan..
Kawan saya selalo cakap ..buat apa buang masa tengok anime? Bukannya manusia pun..Cuma lukisan jer..ha tu yang saya suka..so feeling tu xdelah teruk sangat..mind set kita akan ada limit sebab kita anggap movie depan kita hanya kartun jer.


Saya menyelami dunia anime kerana saya sangat minat melukis..Cuma bakat tidak digilap..jadi berhenti di stakat itu sahaja..cuba untuk menggilap tapi tidak cukup masa..Baru-baru ini saya baru saja menonton anime tajuk “GOD SAVE OUR KING” . dasyat anime tu..kalau yang tak biasa atau tak minat dengan anime jenis keganasan , its better for you not to watch this. Pening pula kepala kawan2 nanti..maklumlah setiap orang mempunyai citarasa mereka tersendiri..
Pelik itu slalo wujud dalam diri saya apabila difikir secara logic akal..saya luarannya adalah berbeza. Mungkin ada yang terkejut bilamana mengenali saya adalah orang yang sebegini. Bak kata kawan saya” Nampak seorang yang suci dari luaran, tapi hakikatnya….”.orang slalo judge..org baik tu kene cukup sempurna.kalo bole kene hafal 30juz al-Quran sedangkan Allah judge manusia bukan atas dasar luaran atau berapa banyak amal yang dilakukan tapi stakat mana keikhlasan yang disumbangkan.nak dapat ikhls sebenar iklhlas kene tahu erti taqwa. Tapi saya xkisah dengan apa yang dia cakapkan. Cuma kita yang mengenali diri kita.Cuma kadang-kadang kita perlukan seorang sahabat untuk menjadi cermin buat diri kita..supaya kita sedar. So dengan senang hati saya menerima pandangan kawan saya tersebut.
Berbalik semula kepada cerita anime tadi..anime yang saya sebut tu sangat complicated jalan ceritanya.. saya kagum pada orang yang membuat jalan cerita tersebut..ia bukan hanya anime semata-mata. Tapi ada meseg yang sangat besar ingin disampaikan disitu..
Secara synopsis ,saya akan terangkan dan mengaitkan dengan kehidupan reality kita..GOD SAVE OUR KING menceritakan tentang bagaimana seorang raja cuba untuk menyelamatkan 2 dunia yang berbeza iaitu dunia DEMON dan dunia MANUSIA yang sebelum ini hampir hancur akibat kuasa jahat yang tersangat kuat.

ni gambar yuri bila dia marah tengok keganasan yg berlaku

Mereka sangat sabar dalam membina kemenangan.mencari soldier yang hanya benar2 setia.quantity is the 2nd but quality is the most important..Raja tu dikenali sebagai YURI/Majesty..memiliki kuasa air bergabung dengan power of pure heart and pure soul menjadikan yuri seorang raja yang hanya ingin memiliki keamanan ..yuri tidak suka pada peperangan, jika boleh semua perkara ingin dilakukan dalam keadaan yang tenang dahulu..walaupun dari luaran , yuri Cuma seorang pelajar yang sangat lurus dan lambat tapi hakikatnya pure soul yang berada dalam hatinya sentiasa membuatkan orang disekelilingnya menyayanginya..benarlah kata orang..kasih saying xboleh dibeli hanya lahir pada manusia yang memiliki jiwa murni.sayang itu hanya akan lahir dalam diri kita bila mana jiwa dan hati kita suci.orang yang jiwa keras xkan ada kasih sayang.
Anime tersebut menunjukkan beberapa strategic peperangan yang sangat sistematik..seolah mereka mempelajari sejarah peperangan islam..dasyat kan??? Kejujuran yang diberikan kepada ketua mereka sangat hebat..sanggup mati demi mempertahankan keamanan dan membela ketua mereka sehingga terkorban..
Memberi hukuman dengan adil..tidak kira siapa orang itu..even sahabat baik, abang kita atau anggota kumpulan kita..jika apa yang dilakukan salah..punishment is punishment..they must accept that..Yuri mempunyai seorang sahabat yang sangat mempercayainya dan slalo membenarkan apa yang diperkatakan…tengok..dorang ni macam belajar sejarah islam kan?
Sahabat yang sentiasa berada disisinya dan memberikan kata semangat..dalam hidup ini..kita akan masih bertahan dan akan menang jika kita tidak pernah putus asa, walaupun hanya nipis harapan yang tinggal itu tidak bermakna tidak ada harapan langsung dalam merealisasikan kemenangan..kerana kita punya kuasa yang sangat hebat disana untuk membantu kita. Yang selalo berada diside orang yang baik-baik.


yuri dan abang dia

Juga anime ini menunjukkan bagaima seorang ibu ..,naluri seorang ibu yang sangat kuat terhadap anaknya. Berjayanya suatu anak itu juga tengok pada siapa ibubapanya dan bgaimana didikan yang diberi..adakah mereka dididk dalam kegembiraan atau dalam keadaan rumah tangga yang bercelaru.Yuri Cuma seorang yang sederhana. Memiliki keluarga yang sederhana tapi bahagia. Dididik dengan penuh berhemat..memiliki seorang abang yang sangat menyayangi dirinya dan ibu yang mempunyai semangat tinggi..mungkin memang benar orang kata..wanita itu lebih kuat dari lelaki..lelaki kuat hanya dari physical..jika kehilangan salah satu fizikal tersebut mereka akan hilang kekuatan tapi tidak pada seorang ibu,,biarpun lemah diluaran tapi ALLAh kurniakan pada ibu satu perasaan yang halus yang dapat menembusi jiwa anaknya..tidak ada orang lain yang dapat kuasa ini melainkan hanya ibu..


conrad antara sahabat yang paling setia

Persahabatan dan kejujuran serta kesucian hati itu sangat utama. Musuh paling kuat dalam anime tersebut dikenali sebgai suzerain..orang ke??bukan..suzerain is collector from sadness and cruel. Dia terlalu kuat kerana perasaan ini yang sangat mudah masuk pada hati manusia. Bilamana manusia sedih dan merasakan tidak puas hati…maka kebaikan susah untuk melawan..maka syaitan akan menguasai diri kita dan menjadikan kita orang yang sangat bodoh dalam tindak –tanduk kita. Jadi kawan-kawan lawanlah kesedihan dalam hati kawan2 dan jangan ada rasa dendam dalam hati.. lawanlah nafsu kejahatan itu dengan zikrullah..
Lawanlah sehingga habis kekuatan kita tapi jangan benarkan dia bersarang dan beraja dihati kita..Kita punya ALLAH di sisi kita..jadi jangan tinggalkan Tuhan kita..Dia datang disaat kita memerlukan dan kesedihan ..anime ini buat saya sedar..sedar bahawa idup ini sanagt rumit dan kita perlukan Allah dalam hidup kita, al-Quran panduan hidup kita dan teladan yang baik untuk kita ikuti..
Rasanya cukuplah disini..kalau nak rasa feeling tu..better tengok sendiri anime tersebut..
Moral yang sangat penting
-berlakulah adil dalam member hukuman
-ibu adalah orang paling penting dalam hidup kita
-carilah sahabat yang jujur yang tidak akan mengkhianati kita dan sahabat itu hanya akan anda jumpa dalam doa dan tahajud anda.
Jangan benarkan kesedihan dihati anda tapi cubalah bahagiakan orang lain maka anda akan bahagia.
GAMBATAY…

You Might Also Like

0 nasihat