Dalam kesibukan menunaikan Ibadah ni..saya sempat lagi melihat gelagat manusia. Baru 3hari masuk pada hari ini umat manusia berpuasa.Menahan diri dari lapar dan dahaga.Opppss...bukan itu sahaja tapi menahan diri dari melakukan maksiat juga. Jika bulan2 sebelum ini bila kita melihat maksiat..kita boleh katakan syaitan penghasutnya...tapi saya terfikir bila Ramadhan menjelma,digarilah syaitan dan segala jin yang jahat .Dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka. Di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Akan diberi pengampunan bagi orang yang berpuasa pada malam terakhir bulan Ramadhan. Allah membebaskan hamba-hamba~Nya dari Neraka pada setiap malam bulan Ramadhan.tetapi kenapakah manusia masih melakukan maksiat???Adakah syaitan patut disalahkan??Masih kelihatan pasangan dating sana-sini. Jadi siapa sebenarnya musuh kita kala Ramadhan ini??ikuti cuit-cuit saya tentang tajuk ini.
TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKAN.
Berpaling daripada Allah ketika turunnya hukum2-Nya, bererti matinya agama , binasanya tauhid, musnahnya keredhoan dan keikhlasan. Sedangkan hati orang mukmin tidak mengetahui mengapa dan bagaimana hendak mendorong nafsunya.Apabila kamu mampu menggembeleng dan menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik. yakni kebaikan yang berada dalam kebaikan. sehingga jadilah ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kedurhakaan dan kejahatan. sepertimana ALLAH berfirman:
[To the righteous it will be said], "O reassured soul,
>>dengan demikian pastilah sudah ketakwaannya dan hilang daripada segala keburukan , serta tiada ketergantungan kepada makhluk. Ketika jiwanya telah tenang , berdatangan kepadanya berbagai jenis makhluk yang menawarkan bantuan dan pertolongan.Seprtimana yang berlaku kepada Nabi Ibrahim khalilullah..baginda terlepas dari kongkongan nafsunya. Jadi bagaimana pula kita?? Bilamana sampai sahaja waktu berbuka..kita berlumba-lumba untuk memenuhkan perut kita dengan makanan yang sangat lazat sehingga kita terlupa mana satu rasanya nikmat makanan syurga atau mana satu rasanya nikmat memuaskan hawa nafsu.Minta ALLAH jauhkan kita dari tergolong dikalangan itu.
Bagaiman sebenarnya nak melawan nafsu ni sahabat-sahabat??
Jawapannya sangat mudah tetapi melakukannya sukar iaitu SABAR!!!
Indahnya SABAR itu sehingga ALLAH menyebutnya berulang kali dalam al-Qur'an.
Hai PEMUDA....Nasihatilah dirimu sendiri sebelum kamu menasihati orang lain. Adalah penting bagimu melawan kehendak nafsumu dan janganlah engkau berlebih-lebihan menasihati orang lain , sedangkan dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang perlu engkau perbaiki.Celakalah engkau!!sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain sedangkan engkau buta.
Wahai hamba..Peliharalah ketaqwaanmu, peliharalah kaedah-kaedah syarak dan peliharalah semangat untuk selalu melawan gelojak nafsu, syaitan dan handai tolanmu yang jahat.Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-Nya itu sentiasa bersamaan dengan kefakiran dan ujian. Maka BERSABARLAH.
itulah serba sedikit cuitan dari saya dan saya masukkan juga wasiat dan nasihat dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dalam bukunya Fathul Rabbani.yang diterjemah oleh : Akmal Hj Mhd Zain.
Indahnya bahasa buku ini kerana meskipun ayat yang digunakan agak keras tapi ia terus menusuk dalam qalbu kita. Mungkin hanya kepada sesiapa yang merasai barangkali. Saya sendiri kekurangan ilmu dan tidak mampu untuk menegur sahabat-sahabat apatah lagi diri saya. Jadi sekadar perkongsian dan moga-moga sedikit sebanyak Allah mengetuk puntu rumah di HATI kita. Andai bukan hari ini,mungkin esok tetapi jangan pula bila nyawa sudah berada di halqum.
Yang terakhir barangkali dari entri ini saya mengucapkan mohon maaf atas segalanya. Yang baik itu sudah tentunya datang dari ALLAH.Dan semoga ALLAH cukupkan umur kita sehingga ke penghujung Ramadhan dan kita dapat keluar dari Ramadhan dengan bersih sepertimana putihnya kapas.Insyaallah.
Secangkir puisi dari blog http://insaaniyyah.blogspot.com
Wahai Tuhanku,
Kalaulah dosa daripada hamba Mu
itu suatu yang buruk,
maka yang indah ialah
keampunan dari sisi Mu.
Wahai Tuhanku,
demi kekuasaan Mu ke atas diri kami
maka ampunilah kami.
Dengan kemuliaan Mu
(kelembutan Mu) terhadap kami
maka maafkanlah kami.
Dengan ilmu Mu tentang kami,
maka kasihanilah kami.
Ramadhan demi ramadhan
Esok belum menjanjikan kepastian
yang dapat mententeramkan rasa kerugian hari ini
dek kehilangan banyak masa yang telah dianugerahkan.
Kalaulah dosa daripada hamba Mu
itu suatu yang buruk,
maka yang indah ialah
keampunan dari sisi Mu.
Wahai Tuhanku,
demi kekuasaan Mu ke atas diri kami
maka ampunilah kami.
Dengan kemuliaan Mu
(kelembutan Mu) terhadap kami
maka maafkanlah kami.
Dengan ilmu Mu tentang kami,
maka kasihanilah kami.
Ramadhan demi ramadhan
Esok belum menjanjikan kepastian
yang dapat mententeramkan rasa kerugian hari ini
dek kehilangan banyak masa yang telah dianugerahkan.
>>al-fatihah buat arwah ayah Hj kawaeed Hj Bunari..semoga rohmu besemadi tenang dan semoga ALLAH mengangkat amal dan derajatmu bersama orang2 yang dikasihi. Ramadhan telah tiba..aku semakin merinduimu.Untuk menyusulmu..amal ibadahku masih sekangkang kera.Tetapi sampai masa aku tetap menyusulmu. malah wajib menyusulmu kerana itu perintah-Nya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment