~Syarat Mencintai~

4:48:00 AM

Assalamualaikum wbt. Masih membara semangat berpuasa???atau semangat puasa hilang ,semangat beraya yang kuat.Kita berada digolongan mana ya??Tepuk dada,tanya Iman.

Hari ini , saya berkesempatan membaca surat khabar kosmo dan sinar. berita utamanya sangat menyedihkan. Rupanya bulan Ramadhan ni masih lagi ada insan bertopengkan manusia tapi berhati binatang!Maaf terkasar bahasa.Apa yang memalukan,yang melakukan tu bukan orang jahil tapi orang yang berilmu,pelajar IPT lagi.nauzubillahi min zalik.Kenapa??Kerana Cinta jawapannya.

Lalu saya ketengahkan tajuk entri kali ini syarat MencINTai.Pada mereka diluar sana, bila saya ajukan apakah syarat mencintai??
jawabnya:"Saling memahami,memberi dan menerima dan harus ada kepercayaan"

"sampai sanggup memberi maruah dan harga diri??"tanya saya lagi.

jawabnya:"Eh..tidaklah sampai kesitu"

"habistu..sampai kemana"soal saya lagi.Kawan saya dah merah muka dia.

"Bercinta dulu la baru tahu macamana rasanya."Akhirnya itu jawapan yang diberikan.

saya tersenyum kelat.kemudian saya jawab:"engkau ada pengalaman...ajarlah aku"

"Tak payah belajar, nanti ko tahu sendiri.sabar ye."jawabnya.

itulah sembang-sembang kosong saya dengan kawan-kawan.

jadi..ada sesapa dikalangan pembaca nak ajar saya tak??Saya sangat mengalu-alukan.Memang nak tahu sangat ni.


##Penuhilah syarat mencintai##

Rasulullah s.a.w bersabda ketika datang seorang lelaki menemui baginda dan berkata:Sesungguhnya aku mencintaimu dalam cinta Allah 'Azza Wa Jalla"Maka baginda bersabda:
"Jadikanlah cubaan(bala ujian) sebagai pakaianmu dan jadikanlah fakir sebagai jilbabmu."

Syarat mencintai itu harus kepada Allah dahulu, kemudian Rasulullah dan ke peringkat seterusnya. Lalu bagaimana sahabat boleh meletakkan syarat cinta itu kepada teman lelaki/wanita dulu. Saling memberi dan menerima sehingga akhirnya hilang madu sepah dibuang, hilang kehormatan anak dibuang!!Dimana nilai kemanusian yang wujud dalam diri mereka? mungkin ini ujian buat mereka, ujian buat kita masih belum tentu dalam bentuk apa.Tetapi siapa harus dipersalahkan??Mereka sememangnya bersalah, tetapi kita??bukankah bersalah juga kerana tidak menegur??Sekadar lontaran.

Sekiranya Abu Bakar al-shiddiq ra ketika membenarkan cintanya kepada Rasulullah s.a.w ,beliau mendermakan semua hartanya kepada kepentingan agama, dan beliau bersifat seperti sifat Rasulullah s.a.w yang bersekutu dalam kefakiran , sehingga pakaian luarnya berlubang-lubang kerana persediaan sudah kosong. Kita pula bagaimana sahabat-sahabat??Kita??Aku sebenarnya yang harus dituding dulu.Itu baru dikatakan syarat Mencintai. Mencintai pada yang Benar. Wajib pada Khaliq dahulu, baru makhluk..

Tetapi engkau..seharusnya AKU , wahai pendusta..!Mengaku mencintai orang-orang soleh, sedangkan aku menyembunyikan harta dari memberikan kepada mereka,padahal aku ingin sekali dekat dengan mereka. hendaklah kita menjadi orang yang berakal, ketahuilah bahawa semuanya ini adalah CINTA PALSU!!Seseorang yang mencintai tidak akan menyembunyikan sesuatu dari kekasihnya kerana itu mereka mengatakan kene ada saling percaya.Tetapi kita salah meletakkan kepercayaan itu. Bagaimana kita boleh meletakkan kepercayaan kepada insan yang berhati haiwan tetapi bukan kepercayaan kepada Tuhan.

Itu cinta manusia..ada golongan lain yang mencintai dunia. itu lain pula kisahnya.Asyik mengejar dunia..sampai dunia pun penat dah berlari.Antum dok kejar jer.Kerana itu syarat mencintai itu bermula dengan kefakiran seperti dalam sabda baginda s.a.w:

"kefakiran itu lebih cepat mendatangi orang yang mencintaiku daripada mengalirnya air ke muara"

Jadi, tariklah balik semua kebohongan yang selalu kita katakan bhawa "aku mencintai ALLAH" sedangkan hati engkau belum lagi mengakuinya.Jangan engkau menjadikan sebgai bahan fikiranmu, jika engkau datang dengan kejujuran.Jika tidak..jangan mengaku mengikuti mereka.

"Janganlah engkau menyamar dengan beralih rupa, kerana ia hanya akan menampakkan belangmu sahaja.Janganlah engkau bercinta dengan seekor ular berbisa atau BINATANG BUAS, kerana kedua-duanya akan menghancurkan kamu.Jika engkau seorang pawang ular, maka datanglah kepada ular,jika engkau mempunyai kekuatan , maka hadapilah binatang buas."

ini tidak..iman hanya sekecil anak ayam..tetapi bermain cinta dengan ular sawa yang besar.Mana boleh sahabat-sahabat. NAnti kita yang ditelan.Kerana itu jalan Allah memerlukan kejujuran dan cahaya KEMAKRIFATAN.Cahaya itu hanya kan menyinari hati-hati yang jujur, dan tidak pernah padam siang mahupun malam. Kena faham syarat mencintai dulu.
Bencana dan cubaan itu sangat banyak, sedangkan yang menurunkan cuma Satu.penyakit itu beraneka macam..sedangkan doktornya hanya seorang..
MasyaAllah..Subhanallah..indahnya..Jadi wahai orang yang sakit jiwa..serahkanlah jiwa kamu kepada Maha Penyembuh, percaya hanya kepada-Nya.Dia lebih kasihan kepadamu daripada kamu terhadap diri kamu sendiri.jika semuanya telah sempurna , maka berbicara kepada mereka tak ubah seperti berbicara dengan benda mati.Hati mereka sedajat dengan hati para malaikat. 

Allah berfirman: 
  maksudnya: .....yang tidak menderhakai Allah terhadap segala apa yang diperintahkan-Nya dan mereka sentiasa melakukan apa yang diperintahkan kepada mereka." (al-Tahrim:6)

Al-Sayyid Syaikh Muhyidin Abul Qadir al-Jailani berkata: "Berikanlah kekuatan untuk dirimu dengan sesuatu yang halal sehingga dirimu tidak menjadi seorang pemalas, bakhil dan mempunyai perilaku yang buruk"

kita seringkali bercinta tetapi tidak belajar dahulu syarat Mencintai.Main redah jer. ikut sedap rasa, ikut kawan-kawan.Malunya bukan kerana Allah, tetapi kerana manusia. Cintanya bukan atas dasar Khaliq sang Pencipta cinta itu sendiri tapi cintanya bertunjangkan nafsu semata-mata: "Abang rindu kat sayang...sayang rindu kat abang tak?????setiap malam sebelum tidur pulak tu. tapi jarang pula dengar "Aku rindu padamu..Tuhan..adakah rindu ini lahir dari hatiku.(muhasabah untuk diri ini terutamanya.).Kerana iman manusia itu bertambah dan berkurang..oleh itu kita seharusnya banyak memohon keampunan dari ALLAH.Memohon dipelihara dari melakukan maksiat.

Perkara-perkara untuk kehidupan, selain untuk kita, ia untuk diagih-agihkan
di kalangan manusia
Memberi dan mengagih-agihkan nikmat dunia untuk keredhaan Tuhan pencipta dunia
Jika ia kita cintai, amat susah untuk diagih-agihkan sesama
Mengagihkan nikmat dunia akan lahir kasih sayang sesama manusia
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan
Kasih sayang dan perpaduan semua orang memerlukan
Kerana ia boleh membawa keamanan dan kemajuan
Tidak ada kasih sayang, tidak ada keamanan, tidak ada perpaduan,
tidak ada kekuatan dan kemajuan
Oleh itu berusahalah  mencari kekayaan dunia untuk sendiri dan diagih-agihkan
Bukan untuk dicintai, untuk dicintai itu adalah Tuhan
Mengapa kita cintai nikmat dunia yang tidak kekal dan ditinggalkan
Ia akan senasib dengan kita yang berhadapan dengan kematian dan kebinasaan
Sepatutnya yang kita cintai itu yang kekal abadi iaitu Tuhan
Mengapa kita cintai sesuatu  yang tidak berkekalan
Mencintai sesuatu yang tidak kekal, cinta sekerat jalan
Mencintai yang tidak kekal, mencintai sesuatu yang mengecewakan
Tuhan kekal abadi, mencintai Tuhan cinta berkekalan
Rupanya selama ini kita telah salah meletakkan kecintaan
Cinta barang murahan, kemudian meninggalkan cintakan Tuhan yang maha mahal


Secara jujurnya, sahabat-sahabat. saya bukanlah insan yang layak untuk membawa entri ini, kerana diri ini juga tersangat hina,murah, lemah,tak istiqomah dan banyak lagi.Tetapi..saya kuatkan untuk menulisnya supaya walaupun tidak dari segi perbuatan, saya masih ingin cuba menyampaikan dari sudut tulisan.Rendahnya iman saya sahabat-sahabat.Jadi jangan diambil saya sebagai contoh kalian.Cuma seandainya sahabat-sahabat tanyakan pada saya siapa yang saya cintai selepas Allah, Rasul..jawapannya adalah Ayah saya dan ibu saya adalah cinta hati saya.

kenapa???kerana saya belajar syahadah dengan mereka, merka mengajarkan saya erti zuhud.Mendidik saya dengan ajaran Islam. Susahnya melupakan segalanya tentang arwah ayah..Mungkin inilah perasaan yang dirasakan oleh Fatimah ketika wafatnya baginda Rasulullah s.a.w sehingga tidak lama kemudian Fatimah menyusuli ayahnya.Jika Aisyah ,insan yang banyak menceritakan semula peribadi Rasulullah..saya ingin menjadi sepertinya..yang menceritakan kebaikan arwah ayah sewaktu hidupnya.Mengajarkan saya satu persatu tentang Islam,tentang kewajipan solat dan mencintai ALLAH. Sayangnya..saya tidak pernah menghargai nasihat itu dan sentiasa menambah dosa.

itu bahagian saya sahabat-sahabat. Antum sendiri juga mempunyai bahagian keperitan dan kebahagiaan antum sendiri.Setiap antara kita berbeza kekuatan lalu berbeza juga ujian.

>>"Ya ALLAH ...!kenalkan kami dengan-Mu, sehingga kami mengenal-Mu..dan pandangan kami hanya tertumpu pada-MU.Amin..!"

~sumber rujukan : al-Qur'an, kitab fathul rabbani, internet.

wallahu'alam.

You Might Also Like

0 nasihat