2)Roh amal[ Roh dakWah & JiHaD]

4:48:00 AM

ROH BERDAKWAH

Berdakwah adalah kita bercakap, menyampaikan risalah, buku, majalah dan sebagainya. Bagaimanakah yang dikatakan dakwah yang ada roh atau dakwah yang ada nyawa itu? Antaranya ialah:


– Bilamana setiap pendakwah itu merasa apa yang dia buat itu satu tanggungjawab daripada Allah SWT, bukan daripada dirinya dan bukan tanggungjawab daripada jemaah; jemaah itu cuma sebagai landasan untuk dia berjuang, dia seolah-olah mewakili Allah. Ibarat kita mewakili raja atau perdana menteri atau menteri, bolehkah kita bersenang-senang? Oleh itu dalam berdakwah kita patut merasa kita mewakili Allah di dunia ini untuk menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia. Inilah yang dikatakan mesti ada rasa tanggungjawab dalam soal dakwah kerana kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya berdakwah.

– Kita berdakwah membawa hati yang takut kepada Allah. Takut-takut tersilap menyampaikan atau tersilap menilai hukum. Sebab kadang-kadang apa yang kita sampaikan dan hukum yang kita beri dalam berdakwah itu didengar oleh ribuan orang. Mereka akan berkeyakinan atau berpegang mengikut sebagaimana yang kita ucapkan atau sampaikan. Kalau kita tersilap, bukan senang kita hendak berjumpa setiap orang untuk membetulkan kesilapan kita itu. Kalau apa yang kita sampaikan itu tidak tepat sebagaimana yang Allah dan Rasul perintahkan, bukan sahaja kita terpaksa bertanggungjawab di dunia tetapi juga di Akhirat kelak. Inilah yang dimaksudkan sewaktu kita berdakwah itu mesti ada rasa takut dalam hati. Takut-takut dalam kita berdakwah itu kita tersalah dan tersilap.

– Takut itu dalam hati, bukan pada telinga, bukan pada lisan. Sebab itulah kalau kita berdakwah, kita kena bawa hati sama. Jangan hanya membawa lisan atau membawa cakap sahaja tanpa membawa hati. Agar kita terjauh daripada sifat ujub, riyak, sombong, rasa marah dan lain-lain sifat mazmumah lagi.

– Dalam berdakwah itu, kalaulah misalnya dakwah kita orang ramai terima hingga mendorong mereka membuat perubahan, kita rasa syukur kepada Allah SWT. Itu adalah kuasa dan nikmat dari-Nya. Rasa syukur itu dirasai oleh hati, bukan mulut, bukan telinga. Jadi kita mesti rasa Tuhan yang membantu bila dakwah kita diterima orang. Itulah di antara roh dalam kita berdakwah.

– Kita berdakwah itu bukan kerana hobi. Bukan macam kita memancing ikan atau kita memikat burung ataupun main catur ataupun jogging. Itu semua adalah hobi. Jangan kita rasa berdakwah itu sebagai satu hobi tetapi hendaklah kita rasakan ia satu tanggungjawab atau kewajipan yang Allah pikulkan kepada kita.
Kalau roh dakwah ini sudah tidak dijaga walau bagaimana pandai dan fasih kita berdakwah dan orang senang dengan apa yang kita sampaikan, tetapi Allah tidak senang. Orang ramai redha tetapi Allah tidak redha kerana roh dakwah sudah tidak ada di situ. Kita hanya membawa rangkanya semata-mata sedangkan rohnya sudah tiada. Ertinya kita membawa ‘dakwah bangkai’.

ROH JIHAD

Jihad ialah gerak diri kita, gerak kaki kita, gerak tangan kita, pergi ke sana sini memerah otak dan tenaga fizikal untuk memikirkan bagaimana hendak menegakkan hukum-hakam Allah dalam kehidupan kita. Memerah tenaga lahir dan batin kita untuk mendaulatkan Islam yakni agar hukum-hakam Allah itu mendapat tempat di tengah masyarakat. Ini semua jasad lahir atau rangka pada jihad itu. Bagaimanakah roh atau batinnya?
Di antara roh jihad ialah:
  • .Hati mesti dibawa sama dalam berjihad. Hati mesti merasa jihad ini satu tanggungjawab atau satu kewajipan yang telah Allah pikulkan kepada kita. Ertinya kita berjihad bagi pihak Allah, bukan bagi pihak diri kita dan bukan bagi pihak jemaah kita. Jemaah itu hanya sebagai landasan untuk memudahkan kita berjuang dan berjihad di tengah masyarakat.
  • . Niat itu kerja hati atau peranan batin. Niat jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah yakni hukum Allah yang lima itu. Yang wajib dan yang sunat hendak kita tegakkan kerananya Allah tidak tolong. Tidak boleh salahkan itu dan ini. Salahkan diri sendiri. Ia tentu berlaku lantaran dosa kita hingga kita terhijab dari bantuan Allah. Oleh itu, setiap kali kita menemui kegagalan dalam berjuang, hendaklah cepat-cepat ingat kembali dosa-dosa kita dan minta ampun kepada Allah. Dosa itulah yang menghijab bantuan daripada-Nya.

You Might Also Like

0 strawberries yummy

Follow me

Like us on Facebook

Follow us

Flickr Images