Bidadari Dunia-Solehah itu Indah
9:43:00 AMBidadari dunia itu adalah ‘Bidadari Impian’ yang punya ‘Cahaya Kemanisan Iman’ yang bersinar indah. Bidadari dunia itu bukan sahaja diangkat sebagai ‘Wanita Penyejuk Jiwa’ idaman para Mujahideen Islam malahan bidadari dunia itu adalah seorang ‘Wanita Berkarisma’ yang tidak gentar untuk menghadapi isu ‘Wanita vs Kerjaya.’ Mereka itu adalah bidadari dunia yang setia menyoal diri akan persoalan ‘Fesyen : Yes or No?’ setiap kali mereka menyarung pakaian takwa ke tubuh mereka kerana mereka tahu apa yg ‘Bahagia dan Membahagiakan’ adalah redha Tuhan, bukan redha insan mahupun redha sang syaitan. ‘Setulus Kasih Ibu’ , setulus itu jugalah qalbu seorang bidadari dunia. ‘Sesucinya Mawar Putih’ , sesuci itu jualah niat mereka membesarkan mujahid dan mujahidah yang bakal lahir daripada madrasah tarbiyah mereka. Bidadari dunia itu adalah bakal bidadari akhirah yang sedar bahawa ‘Solehah itu Indah’ , bahawa tanggungjawab ‘Wanita dan Dakwah’ tiada boleh berpisah kerana apa yang diidam serikandi Islam ini bukanlah dunia dan seisinya yang sekecil cuma tetapi sesuatu yang bisa membawa mereka ke ‘Titian Syurga’-Nya.[iluvislam.com]
KONVENSYEN BIDADARI DUNIA..beruntungnya sapa yang pergi
Mendengar setiap bait-bait kata..Allahu Akhbar,Subhanallah...membaranya jiwa..
Saya sarankan pembaca mendengarnya
Klik disini
kata-kata pembakar semangat meruntun jiwa dari panel-panel yg hebat…
“Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.” -Ustazah Fatimah Syarha-
“Sabar itu balasannya syurga. Bersabarlah dengan ketentuan Allah swt.” -Ustazah Zawiah Hassan-
“Wanita bukan hanya di taraf kedua. Kita sebenarnya berjalan seiring dan jika mengambil semangat Saidatina Khadijah, kita tahu bahawa perjuangan Rasulullah turut mendapat sokongan kuat Saidatina Khadijah,” -Prof Madya Dr Harlina Siraj-
“Seorang ibu itu adalah madrasah. Apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul” -Pn. Jamilah Samian-
“Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa paras. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu & kepintarannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak & agamanya. Semoga berjaya menjadi wanita yg solehah”
-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-
“Kita tidak akan terputus dari mengingati Allah bila sentiasa mulakan sesuatu dengan Bismillah.”
-Prof Dr Muhaya Muhamad-
‘Nak jadi cantik, anda kena yakin anda cantik bukan dengan rasa anda cantik. Siapa yg tidak kisah akan kecantikan, dia tidak cukup syarat untuk menjadi solehah.’
-Dr Rubiah Hamzah Kulop-
“We emphasize so much on our physical self. But Allah says- the best cloth is taqwa. Purify our hearts with taqwa”
-Wardina Safiyyah-
Rujukan: ILuvIslam.com
SelfLens
Dan laman-laman web berkaitan
0 nasihat