kerana aku bukan yang terbaik untuknya
9:35:00 AMAssalamualaikum wbt.Selawat dan salam junjungan buat Rasulullah dan ahlul bait baginda.Allahu Ghafur..ampuni dosa-dosa kami pada hari ini,hari-hari sebelumnya dan juga akan datang kerana kami hanya hamba yang lemah dan hina.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” (Surah al-Baqarah 155-157).**************************************************************
Muslimah: idah..seronok sangat ke dengan kerja sampai tak ingat nak kahwin.umur dah nak masuk 30.kami pula yang risau.tengok idah kehulu kehilir sorang-sorang.
Mujahidah: Alhamdulillah,biasa lah kak imah.Setiap kerja ada cabarannya.baru nak masuk 30.belum 30 lagi.
Muslimah: Ker idah ni memilih sangat..??
Mujahidah: Memilih macamana tu kak imah?Sememangnya kita kena memilih pada perkara yang baik.
Muslimah: Idah nak yang beragama soleh dah hafaz quran ye.?
Mujahidah: (tersenyum simpul..)" pada firasat idah..bukannya idah yang memilih yang beragama dan hafaz quran cuma barangkali para mujahid yang segan nak peristerikan idah yang tak soleh dan bukan hafizah.
Muslimah: ishk..takkanlah..ker idah nak yang kaya,berharta..??(Kak imah menguji lagi)
Mujahidah: hurm..pada pandangan idah..kaya harta itu bukan ukurannya untuk memilih cuma barangkali para mujahid yang malu peristerikan idah yang serba kekurangan.Maklumlah basikal pun idah tak ada.cuma kaki jer yang Allah hadiahkan buat idah kehulu ke hilir.
Muslimah: Atau idah menunggu yang segak dan tinggi lagi perkasa..?(muslimah menguji lagi hati sahabatnya yang sentiasa tenang itu)
Mujahidah: melontar jauh pandangan sambil menjawab " rasanya idah tidak pernah menilai seseorang melalui fizikal nya.asalkan cukup untuk melaksanakan perintah Allah,itu sudah cukup.cuma barangkali para mujahid yang tidak dapat terima kekurangan idah yang tak bermaya,lemah,lagi tak berdaya,mudah jatuh sakit pula tu.
Muslimah: hurmm..setiap sakit pasti ada penawarnya.atau itu semua hanya alasan yang idah sendiri cipta kerana trauma dengan masa lalu??nak mencari yang sabar??
Mujahidah: Idah rasa,mujahid yang datang pada idah sebelum ni semuanya sabar-sabar belaka..cuma barangkali idah ini yang tegas dan cepat marah sehingga mereka takut untuk memperisterikan idah..
Muslimah: aaaa.....(belum sempat muslimah mengajukan lagi persoalan ,tangan idah menyentuh tubuh muslimah.)
Mujahidah:“Bukhari dan Muslim ada meriwayatkan bahawa tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”.Dosa idah ni sangat banyak kak.Akak..jika akak tanya berapa banyak soalan sekalipun jawapan idah tetap sama.bukanlah para mujahid yang datang itu serba kekurangan sebaliknya mereka pada pandangan idah sudah cukup sempurna untuk menjadi seorang suami.Cuma barangkali idah ini yang kurang serba-serbinya.Janganlah melabel wanita yang kahwin lambat ni kerana terlalu memilih.Memang idah mengidam menjadi seorang ibu,tapi idah tahu Allah pasti sedang merencana kan yang hebat buat idah.Akak doakanlah yang terbaik buat idah.dan bukan sahaja untuk jodoh malah segala urusan dan dugaan yang berlaku selongkari dan selidiki lah hikmah yang bakal Allah hadiahkan.(layu matanya meluncurkan bait-bait kata)
Muslimah: idah adik sayangku..hari ini barulah akak tahu..sebenarnya bukan para mujahid tu yang sempurna.Tetapi idah yang terlalu sempurna untuk mereka.Barangkali dimata Allah idah lah insan yang tiada satu kekurangan pun.semuanya serba sederhana.Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)..akak percaya idah akan dapat yang terbaik.Biar lama menanti dan mencari asalkan dialah yang terbaik buat diri,agama dan perjuangan idah.
Mujahidah: Syukran kak..tetapi sungguh hati manusia hanya Allah yang tahu.janganlah akak melihat idah ini sempurna kerana sempurnanya seseorang itu hanya Allah yang Maha Tahu.iman itu yazid wa yankus.dan andai tiada ar-rijal yang Allah cipta untuk idah dibumi ini..idah tetap ingin menjadi hamba yang bersyukur kerana barangkali Allah ingin hadiahkan para pencinta syahid yang telah awal pergi menemui Illahi buat idah diakhirat nanti.(kelihatan tersenyum malu idah)
**************************************************************
Sabda Nabi s.a.w:
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya” (Riwayat Muslim).
Antara doa yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah seperti yang disebut oleh baginda dalam hadis:
“Doa orang yang dalam kesusahan: “Ya Allah, rahmatMu yang daku harapkan. Jangan Dikau serahkanku kepada diriku walaupun sekelip mata. Baikilah untukku urusanku semuanya. Tiada yang diabdikan diri melaikan Engkau”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf sahih).
Betapa indahnya apabila insan mengharapkan rahmat Tuhan, memohon Allah menguruskan dirinya sepenuhnya, sehingga agar tidak dibiarkan walaupun sekelip mata. Mohon dibaiki segala urusan. Allah! Alangkah indah penyerahan itu. Alangkah indah perdampingan itu. Alangkah terasa kehambaan diri seorang insan di hadapan kebesaran Tuhan-(DrMaza)nota kaki: Cerita itu hanya rekaan dan barangkali ada yang mengalaminya.Sekadar coretan buat kisah teladan betapa seorang wanita solehah itu lebih hebat disisi Allah berbanding sebilangan jumlah wali.Apatah lagi sekiranya wanita itu adalah seorang ibu solehah yang diuji.kerana TABAH seorang wanita(muslimah,isteri,ibu) nilainya sangat tinggi di mata ALLAH.Buat ibu-ibu,kakak-kakak dan juga adik-adik yang sedang diuji..mahukah kalian akan syurga??jika jawapannya mahu..bersabarlah duhai hati,kerana Syurga menanti orang-orang yang sabar.Tetapi sekiranya jawapannya tidak mahukan syurga,maka berbuatlah sesuka hati anda kerana neraka sentiasa terbuka buat mereka yang terlalu bersuka-suka didunia.Allahu Akhbar!!
2 nasihat
tersentuh... :'(
ReplyDeleteitu bermaksud Rahimah diberi suntikan hidayah dari Allah :)
ReplyDelete