Dialah yang memberikan penyakit kepada hambaNya dan Dialah juga yang akan menyembuhkannya semula. Penyakit yang Allah berikan kepada hambaNya bermakna Allah sayang dan masih mengingati hambaNya.
Assalamualaikum wbt.Bismillahirrahmanirrahim..Selawat dan salam buat Rosulullah dan ahlul bait habibullah.Pengalaman ini sebagai dorongan buat mereka yang ditimpa sedikit sakit seperti saya.Pengalaman ini sebagai kata-kata semangat supaya anda meletakkan keyakinan,doa,tawakal sepenuhnya kepada Allah.Pengalaman yang sedikit ini sebagai tanda bahawa ingatlah makhluk itu hanya makhluk, sedang Allah itu KHALIQ...dan pengalaman ini supaya anda yang mengalaminya tidak pernah berputus asa mencari penawar dan ucapkanlah kalimah "Innalillahi wainna ilaihi rajiun" setiap kali menerima ujian dan tersenyumlah meski derita kerana senyumanmu bakal disambut oleh para bidadari dan bidadara disyurga.kerana syukur dan sabar itu adalah aset bagi insan yang beriman.Subhanallah.
Semalam saya ke darussyifa. Masih meneruskan rawatan walaupun terasa alhamdulillah sudah pulih.Jika sebelum ini melakukan rawatan di darul kiswah tapi dek kerana kekangan masa dan cuti yang tidak mengizinkan untuk saya berulang-alik ke kampung,saya ambil keputusan pergi ke darussyifa' pula.Alhamdulillah bila tangan ustaz menyentuh ubun-ubun dikepala saya,rasa tenang menyelinap dalam diri.Tidak ada rasa menggigil,sakit,ingin berlari mahupun takut dalam diri sambil telinga khusyuk mendengar kalam-kalam suci Allah.Air mineral sudah pun siap dibacakan ayat-ayat shifa dan dzikir.ustaz tegur..aik datang bawak 2botol kecik jer.Lain kali datanglah bawa yang besar.(tersenyum malu kami).
Habis ruqyah..ustaz pandang saya dan tersenyum..alhamdulillah dah takde apa-apa.Dah sembuh.Terasa ingin sujud diwaktu itu.Kegembiraan itu terus membuatkan fikiran saya melayang sampai dah tak dengar ustaz duk pesan apa yang lain-lain.Perasaan bercampur baur.Allahu huwas syafi'..Allah yang MAHA PENYEMBUH.Benar kata ustaz sharhan shafie.Tiada penyakit tanpa penawar.Didunia ini segalanya diciptakan berpasangan.Lelaki dan perempuan,langit dan bumi,kaya dan miskin begitu juga sakit dan penawarnya.Usahlah takut pada sakit yang kamu hidapi kerana penawarnya ada dan Allah lah yang memberi kesembuhan..Kita sakit biiznillah dan kita sembuh juga biiznillah.
Ustaz tanya: niat berubat ni nak dekat jodoh ker??
terkesima saya..tidak ustaz..dulu saya berubat sebab setiap kali nak exam kepala saya sakit dikawasan dahi.Tulang belakang sakit sampai nak rukuk sujud pun payah. Sekarang pun saya bukan berubat kerana jodoh.Tetapi ramai yang tidak mampu dan ada yang menyarankan saya berkahwin sahaja dengan ustaz yang ahli dalam perubatan islam.Sebenarnya saya berjumpa ustaz kerana ingin meminta pendapat dan pandangan ustaz tentang satu kaedah rawatan yang saya ikuti.Kerana saya takut ada unsur mensyirikkan Allah.
ustaz kata bukan apa..betulkan niat.Satu demi satu tazkirah diberi pada saya dan kakak aisyah yang setia menemankan saya.Bicara ustaz halus lembut tapi sangat tegas sekali.Setiap kali saya bercerita mengenai pengalaman saya dibawa dengan abang berubat..istigfar meluncur laju dari bibirnya sambil menggelengkan kepala.Ustaz mengingatkan akan saya dosa mensyirikkan Allah dan keyakinan kepada Allah.walaupun orang itu sembahyang dan berpuasa tapi apabila dia merenung,menenung dan yang seumpamanya,itu sudah dikra syirik.Astagfirullah.Perubatan islam ni mungkin lambat tapi disisi Allah diredhoi..Mana mungkin menuju syurga ada jalan pintas.Terlalu banyak nasihat yang diberi.Pergi menemui ustaz dengan tangan kosong tapi pulang membawa sekotak atau barangkali selori pesanan yang sangat berhemat.Alhamdulillah.
Perjalanan hari semalam dimudahkan Allah.Alhamdulillah.Akak bilik saya menyakat lepasni dah tak ada masalah nak terima orang datang merisik.Saya cuma tersenyum.Dalam hati,tawarnya rasa.Bukan kecewa apatah lagi terluka tapi ..Betapa saya benar-benar malu dan jatuh tersungkur dengan CINTA yang ALLAH berikan pada saya.dan hati saya merintih hiba.."ya Allah..pertemukan aku dengan-MU dan Rasul-MU meskipun aku hanya seorang hamba yang dhoif lagi hina".Halawatul eeman..kembalikan lah semula kedalam diri hamba ini ya Robb..
Erti hidup pada memberi
Selalu ustaz hasrizal sebut ayat tu kan.Tapi pembaca tahu tak..YANG PALING BANYAK MEMBERI adalah DIA yakni ARRAHMAN lagi ARRAHIM..belum sempat saya menadah, Dia lebih awal memberi..belum sempat saya menyuarakan Dia lebih awal memahami..Dia menerima hambanya tanpa syarat.Dia tidak kisah hamba itu gemuk mahupun kurus,cantik mahupun tidak,miskin mahupun kaya,hitam mahupun putih dan seterusnya kerana DIA hanya ingin memberi supaya hamba-NYA sedar akan CINTA nya yang tidak berkurang sedikit pun dan supaya hamba itu sedar DIA sangat dekat dengan hamba yang turut sama CINTA kepada-NYA.benar kata ustaz pahrol kita bisa mengira kesakitan kerana kesakitan yang Allah bagi tu sedikit jer tapi kita tidak mampu mengira rahmat Allah kerana tersangat amatlah banyaknyer.Akhirnya dimulut selalu menyebut tentang sakit sebab mudah sangat nak kira berapa kali jatuh sakit padahal nilai bahagia itu tidak ada rumus pun nak kira.
cuma secupit
dugaan ini baru sedikit jika dibanding dengan dugaan yang menimpa nabi dan para sahabat baginda. Apalah sangat diuji dengan kesakitan,kelaparan dan kehilangan harta jika dibandingkan dengan syufaat nabi kepada kita ummatnya.Jangan diminta dikecilkan ujian..sebaliknya mintalah dibesarkan eeman menghadapinya..Allahu akhbar..terasa benar-benar kerdil.Kita merancang dan Allah merancang dan perancangan Allah sebaik-baik perancangan.Dan saya menyerahkan segala urusan untuk ditentukan Allah.dan jangan sekali-kali Engkau biarkan diri hamba menentukannya kerana hamba ini manusia yang jahil tentang banyak perkara.Berikanlah yang terbaik bua hamba-hamba-MU.muhasabah diri..
nota hati:
- syukran buat Allah kerana menghadirkan insan yang menjadi asbab saya mengetahui bahawa saya masih sakit.
- syukran buat Allah kerana menghadiahkan family yang tidak pernah lupa mendoakan saya
- syukran buat Allah kerana memberi sahabat yang mendoakan kesembuhan saya ketika berumrah
- syukran buat Allah kerana menghadirkan insan yang setia menemani disisi saya ketika sakit
- syukran buat Allah dan syukran yang tak terhingga kerana menemukan saya kepada ustaz-ustaz yang memberi banyak dorongan,ilmu dan nasihat.
- terakhir dan teristimewa..Ya Allah berjuta-juta ke syukuran kerana menyayangi hamba,kerana menyembuhkan ku dan memanggil semula cintaku untuk terus tetap dan setia mencintai-MU dan kekasih-MU.
Buat anak-anak achik terutama yang jauh di perantauan,
dengarkanlah Munajat 'Uways al-Qarni:
dengarkanlah Munajat 'Uways al-Qarni:
Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."
Semoga Allah melimpahkan Hidayah & Taufik buatmu
ReplyDelete@muslimah d pinggiran: ameen
ReplyDeleteRenungan bersama:tersenyum bibir dalam nafas bismillah,terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,terjerat hati dalam nafas cinta,terkuyu mata dalam nafas air mata,terhimpit nafsu dalam nafas hina,terpanah hiba dalam nafas yg Esa,tersujud sedu dalamnafas doa,tersekat suara dalam nafas innalillah,terbujur kaku dalam nafas barzakh,terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,terpilih syurga dalam nafas alhamdulillah
ReplyDelete"saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan,dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu"(sayyid qutb)
"Alhamdulillah... mudah2an dipermudahkan segalanya..."
ReplyDeletesyukran.tertanya camne nk komen kat blog dk.upgrade sungguh :)
ReplyDeleteHehe, tuan die pun pening gak sebenarnye, la ni tengah mencari template baru, klw ade cadangan, kongsi2 kan ek.. (^^,)
ReplyDeletela yer ker?xpayahla tukar.kemas dah template tu cuma try get familiar dulu.
ReplyDelete