Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum pembaca sekalian.Rasanya demam kahwin dah mula surut sejak jadual persekolahan dah bermula.Jika tidak sepanjang perjalanan ada kenduri kahwin.Alhamdulillah.Barakallahu lakuma..Bayangkanlah betapa gembiranya para penghuni langit mendengar khabar terikatnya 2 hati menjadi 1 jiwa. Tetapi rupa-rupanya dalam diam ada yang tidak gembira melihat orang yang disayangi berkahwin dengan insan lain kerana jodoh bukan ditangan manusia.Ketahuilah buat mereka jiwa yang tengah lara.. CINTA tak semestinya memiliki.Saya bawakan kisah salman al-farisi buat anda.
Menggamit kisah cinta luar biasa seorang hamba..kisah cinta Salman Al-Farisi mahu dicoret dan dikongsi..untuk menyentuh hati-hati yang mahu sentiasa terjaga dengan cintaNya..
Mulanya sebuah kisah cinta..ketika mana sudah saatnya Salman Al-Farisi mengisi kekosongan hati dengan cinta halal.sebuah pernikahan.Dia terfikirkan seorang wanita Ansar yang beriman dan solehah. Bukan diharapkan menjadi kekasih tetapi sebagai satu pilihan dan diyakininya bahawa sesungguhnya wanita itu pilihan yang tepat untuk menjadi teman dan ibu bagi bakal pejuang dari keturunannya.
"Aku orang asing di bumi Madinah.Madinah bukanlah tempat kelahiranku.Madinah bukanlah tanah aku meniti kedewasaan.Tidaklah tiap-tiap penghuni bumi Madinah ini ku kenali.Bukankah akan dilihat asing seorang pendatang sepertiku melamar gadis Madinah?"...ada keraguan dihati Salman. Ada kerisauan di hati pemuda itu. Lantas...terdetik di hatinya mencari seorang sahabat yang mampu menjadi perantara baginya..Ya.. Abu Darda..sahabat dari golongan Ansar yang dipersaudarakan dengannya.. Rasa hatinya disampaikan kepada sahabat tercinta..Abu Darda.. dengan tahmid dan tasbih Abu Darda menyahut hasrat sahabatnya. Cukup girang si Abu Darda memeluk sahabatnya tanda akan dibantunya Salman dalam melunaskan apa yg terhajat dihatinya.
Maka..beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di tengah kota Madinah. Rumah seorang wanita yang solehah dan bertakwa yang menjadi pilihan hati Salman Al-Farisi. Abu Darda menyusun kata memulakan bicara.. "Saya adalah Abu Darda dan ini saudara saya Salman seorang Parsi. Kami telah dipersaudarakan atas nama Allah. Dia telah dimuliakan Allah dengan Islam,dan dia juga memuliakan Islam dengan amalan dan jihadnya. Disisi Rasulullah, dia punya tempat yang mulia,sehinggakan baginda menyebutnya sebagai ahli-bait baginda. Dan kedatangan saya adalah bagi mewakili Salman untuk melamar puteri solehah dari rumah ini". Fasih dan yakin Abu Darda berbicara dengan nada dan loghat Bani Najar.
Tuan rumah tersenyum membalas bicara,"Adalah sebuah penghormatan bagi kami menerima kehadiran kalian. Dan adalah penghormatan bagi kami sekiranya bermenantukan sahabat Rasulullah yang mulia. Tetapi, hak untuk menerima atau menolak lamaran ini adalah pada puteri kami"..Sang puteri yang mendengar disebalik hijab menanti dengan debaran hati.. Sunyi seketika.... Tiba-tiba suara lembut si ibu bersuara mewakili si puteri yang dinanti sahabat yang mulia. "Maafkan kami atas kejujuran kata dalam jawapan ini. Dengan mengharap redha Allah, saya menjawab bahawa puteri kami menolak lamaran Salman. Akan tetapi seandainya Abu Darda turut mempunyai hasrat yang sama seperti Salman, puteri kami menerimanya" Nah..cukup mengejutkan..sang puteri menolak lamaran yang melamar tetapi menerima pengantara lamaran itu.
Apakah mampu Salman menerima realiti yang mungkin mematahkan hati lelaki? Sungguh tak terjangka dengan reaksi indah Salman Al-Farisi..
"Allahu akbar!!..dengan mahar dan segala yang telah saya sediakan ini akan saya serahkan kepada sahabat saya Abu Darda untuk pernikahan kalian. Dan saya akan menjadi saksi bg pernikahan mulia ini"
Subhanallah..sungguh teguh hati Salman dalam menghadapi situasi ini..memilih antara keinginan hati dan persaudaraan..cinta luar biasa.. Ibrah dari kisah cinta Salman..cinta tak seharusnya memiliki..dan hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesuatu pun dlm kehidupan ini..Salman berada dalam sebuah dugaan yang berat, di tengah perasaan yang berkecamuk rumit..antara malu, kecewa, sedih, merasa salah memilih pengantara – Namun dia teguh untuk tidak mengatakan ’merasa dikhianati’- kerana cinta tak bermakna memiliki.. Berbezanya dengan kita yang sentiasa menginginkan untuk memiliki apa yang kita cintai. Sedangkan ketentuan Allah itu telah pun tertulis dengan hikmah yang tersirat.. Cinta Salman Al-Farisi cukup luar biasa..nota hati: Disaat teman menyuruh aku memilih "memimpin @ dipimpin" maka aku telah memilih untuk memimpinnya kejalan Allah.disaat teman bertanyakan "siti khadijah @ siti Aisyah,maka aku telah memilih siti khadijah sebagai idolaku...disaat teman mempersoalkan cinta memiliki @ cinta pengorbanan..aku telah memilih cinta pengorbanan..memang ternyata kita yang mencipta bahagia itu sendiri.dan semua wanita berharap memiliki imam hidupnya sehebat saidina Ali,lalu aku tertanya siapa pula yang mahu memimpin lelaki sebagaimana (rumaisa')UMMU SULAIM memimpin Abu Talhah? dan aku ingin mencontohi semangat Khaulah al-azwar.Kerana aku dahagakan iman lalu aku telah meminta untuk di uji.
Jangan sesekali diminta dikecilkan UJIAN sebaliknya mintalah dibesarkan IMAN menghadapinya.
dan aku ingin pulang bertemu-NYA dengan membawa berbakul-bakul IMAN..lalu aku telah memilih jalan ini.kerana aku sedar diriku tidak sehebat saidatina Fatimah kerna itu aku tidak mengharapkan imamku seperti saidina Ali.
Lastly. CINTA ITU BUKAN SOAL MEMILIKI ATAU DIMILIKI..tetapi CINTA ITU ADALAH......
Generasi salafus soleh, generasi teladan ummah...
ReplyDelete~Semoga Allah permudahkan segalanya~ (^^,)
Ameen..semoga Allah mudahkan urusan enta juga di jordan :)
ReplyDelete