October 30, 2012

Teguhkan Iman

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Semenjak beberapa hari,perasaan itu datang kembali. Sedih,pilu.PANAS..Hanya kepada Allah,aku memohon keteguhan iman.Semoga cahaya bersinar dihatiku menghapuskan segala bisikan syaitan laknatullah..

Wahai jiwa yang tenang..kembalilah kepada Allah..wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Allah..wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Allah..

Seusai solat magrib..saya lekas-lekas mengambil al-Quran.Manzil yang menjadi bacaan wajib harian untuk perubatan diri saya letakkan ditepi.Menarik Nafas panjang-panjang.Jika membaca al-quran semput..tandanya sudah semakin hampir..jika tajwid bercelaru..maka mmg sudah hampir..Alhamdulillah selesai surah al-jin,menyambung surah al-mulk..masih ok.Badan tidak menggigil,nafas tidak tersekat,tajwid tidak bercelaru..

kemudian terus membuka surah maryam.menyambung hafalan...

Perasaan sungguh tenang, tiada bisikan jin,tiada lagi bisikan syaitan..benarlah hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang..

Semoga cepat sembuh..sembuh terus dari gangguan.

Redho menerima kecelaruan perasaan..melawan dengan bersungguh bisikan syaitan dan jin.Harapanku bersandar hanya kepada-Mu..kadangkala aku rebah dengan bisikan itu,tetapi Engkau tiupkan semula kekuatan pada hatiku..

telifon berdering..tertera nama FAUZUN AA..tapi tangan tak mampu menekan butang hijau mengangkat panggilan sedangkan hati meronta-ronta..sejuta kemaafan dipohon kepada fauzun tersayang..



Ku Percaya Kan Ada Kemanisan Dipenghujung Sebuah Kesabaran

......"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami".....


Ya Allah, jadikan hati kami Khazinatul Asrar yang didalamnya dipenuhi Syajaratul Iman. Jadikanlah kami Raudatul Sakinah supaya kami membuktikan Elya Mahabbah kami hanya kepadaMu. Jadikanlah kami ini Ainul Mardhiah buat ibu bapa kami agar kami menjadi Qurratul 'Ayyun buat mereka. Jadikanlah pertuturan kami ini Layyinul Harir agar kami menjadi Khairun Nisa' dikalangan kami. Jadikanlah kami Mujahidah Solehah buat agama kami agar kami dapat masuk ke Jannatul Adnain milikMu Ya Allah. Dan berikanlah kepada kami di akhirat kelak cahaya syuhada' yang menjadi bukti perjuangan kami di muka bumiMu ini.amin......

p/s: mohon doa semua..kerana daku kadangkala tidak berdaya berlawan dengan segala kepanasan dan maraknya api..terasa seperti besarnya batu menindih hati ini..terasa betapa bahangnya saat mendengar kalimah-kalimah suci..terasa bagaimana sakitnya urat saraf dan jari jemariku saat syaitan itu mahu memasuki tubuhku..dan aku tetap berdoa..Ya Allah,kembalikan semula diriku..sampai aku mati..dan hidup semula..Tuhanku hanya satu..Allahu Robbi..LAILAHAILLALLAH..MUHAMMADURRASULULLAH..

tetapi semua rasa sakit ini...barangkali cuma secupit berbanding apa yang Rasulullah dan ummat terdahulu rasa..Barangkali cuma sebesar zarah berbanding hamba terpilih Allah yang lebih hebat..berhentilah berkeluh resah,hadapi dengan tabah.Tetap Senyum membawa mahabbah..
post signature

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya sangt2 memahami keadaan anda. Saya & anak mengalami masalah yg sama. Saya doakan anda tabah menghadapi ujian & jgn berputus asa.

    ReplyDelete