CAHAYA ayat MANZIL

11:35:00 AM

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah: 186)

Ubai Ibnu Kaab RA meriwayatkan...sewaktu bersama Rasulullah SAW...
seorang Badwi datang dan berkata kepada baginda..."Wahai Rasulullah...
saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa sejenis penyakit gila..."

Rasulullah menyuruh orang itu membawa saudaranya...kemudian baginda
membacakan kepadanya beberapa ayat...iaitu...ayat-ayat yang kini disebutkan sebagai manzil kegunaan untuk merukyah manusia dari gangguan sihir,saka dan juga jin.Boleh didapati di kedai-kedai buku islam atau dekat pasar malam. Biasanya sekali dengan al-mathurat.


Saya mula mengamalkan manzil selepas berubat dengan darul kiswah.Pada awal pembacaanya golongan yang terkena gangguan akan mengalami beberapa simpton. simpton yang saya hadapi adalah rasa mengantuk,badan seram sejuk,badan dan tangan bergetar dan semestinya panas.

Tapi saya tetap mengamalkan juga sehingga simpton-simpton itu hilang.alhamdulillah..yang bawah ni saya copy paste dari seorang pengamal perubatan juga yang berasal dari indonesia.sebenarnya pengalaman yang saya hadapi dan dia sama..cuma dia mempunyai inisiatif untuk terus beramal dan membantu orang lain.saya tak cukup kuat rasanya nak jadi pengamal perubatan islam.Diri banyak sangat dosa.Lemah semangat.lepastu perempuan ni kan ada masa2x cuti yang Allah bagi untuk rehat..Baca dibawah ye.


Pada pandangan mata jin...orang yang mengamalkan Ayat Manzil ini...akan ada padanya
satu lapisan cahaya yang meliputi tubuhnya...(yang ni saya tak sure,sebab tak check lagi dengan aura warna)
Lapisan cahaya ini berwarna putih...serta panas...dan semakin lama seseorang itu mengamalkan
Ayat Manzil...maka lapisan itu bertambah tebal dan panas...(yang panas ni bukan badan kita..tapi orang yang ada gangguan duduk dengan kita akan jadi panas)
Jika dalam sesebuah rumah itu tidak ada orang sembahyang atau membaca Qur'an di dalamnya
maka pada pandangan jin...suasana dalam rumah itu suram dan kelam...
Iaitu keadaan yang digemarinya...(...walaupun contohnya rumah itu secara zahir sangat terang oleh cahaya lampu...)

Tapi bila ia dimasuki oeh orang yang mengamalkan Ayat Manzil...maka suasana kelam tadi menjadi cerah ceria pada pandangan mata jin...dan panas.(yang ni memang betul..since rumah sewa saya tu hampir keseluruhan mengamalkan manzil..jadi rumah tu jadi panas kepada orang2x yang ada gangguan jin dan juga yang tak sembahyang.insyaAllah sejuk kepada mereka yang menjaga solat.berdasarkan rakan-rakan dan keluarga yang datang ke rumah la)

Dari segi lain...lapisan cahaya putih yang tebal itu sangat berkesan dalam menghalang serangan jin...
Pertama sekali...kerana semakin ia menghampiri seseorang itu...semakin panas bahang yang dirasakannya...Tanpa perlu menyerang...sesekor jin itu sudah tahu samada ia mampu mengatasi seseorang manusia itu atau tidak...hanya dari ukuran luasnya capaian lapisan cahaya
putih ini...

Maka perkara jin lari sebelum terserempak menjadi perkara biasa...ia terutamanya bagi jin liar...
Bagaimana pun...jin ini banyak jenis dan bangsanya...dan sebahagiannya mempunyai kelebihan serta kekuatan yang lebih daripada yang lainnya.

Contohnya...
jin mungkin lari sebelum sempat ia nampak anda...manakala yang lainnya pula mungkin masih dapat bertahan mendekati anda...terutama jika kebetulan anda ada jin saka...juga jenis jin tertentu yang mendampingi tukang-tukang sihir...

Maka pengamal Ayat Manzil masih berkemungkinan menghadapi serangan jin tertentu...
terutamanya kalau anda terlibat secara aktif perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengan jin...
...contohnya anda menjadi...atau membantu perawat...menyimpan tangkal atau secara tak sedar mengamalkan sihir...menjadi sasaran pendengki...
atau...orang-orangyang sakit hati...dan sebagainya.
(saya masih teringat bagaimana saya menerima rawatan dari seorang bernama tok janggut..rawatan islam..tapi tetap menggunakan jin..saya waktu itu telah mula mengamalkan ayat manzil.dan memang saya menerima serangan jin tersebut.Bila saya check semula apa yang tidak kena,rupanya saya belum membuang kemenyan buatan perawat tersebut.terus tanpa berfikir panjang saya campak dalam bakul sampah dan dibuang ke luar.Alhamdulillah tiada lagi gangguan jin tersebut.)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45) 

Bagaimana mengesan gangguan jin ni mudah jer..
Anda biasa solat lima waktu??
Anda biasa mengaji??
Anda tidur??

Orang yang terkena gangguan jin dan syaitan, Allah tunjukkan dalam solat mereka selalu lupa jumlah rakaat,lebih teruk lupa habis dia tengah solat apa.Kalau mengaji nanti adalah simpton panas,semput,salah tajwid..tidur biasanya didatangi mimpi2x yang menakutkan,terkejut-terkejut atau tak boleh tidur langsung..Ni berdasarkan pengalaman saya sendiri.Kalau baby mudah sangat nak kesan tak nak tidur ataupun menangis tak berhenti-henti.

Jangan tertipu dengan perawat..ada yang mengaku sebagai perawat islam.solat tonggang tonggek tapi menyimpan jin dalam rawatannya(saya dah terkena taw) baca disini untuk mengetahui jenis2x perawat yang berdampingan dengan jin

nota kaki: kesimpulannya..semua itu yang berlaku adalah atas kehendak-NYA..kadangkala kita tak pernah sangka hikmah apa yang terselit disebalik ujian yang kita hadapi.Kadangkala ujian yang Allah beri kita adalah untuk menjadi teladan dan peringatan buat saudara-mara kita yang lain.Allah tidak akan membebani sesuatu yang hamba-Nya tidak mampu.Bersangka baiklah pada Allah.Tetap teguh didalam deen-Nya..

post signature

You Might Also Like

3 nasihat

  1. ayat manzil...
    gabungan ayat2 ini memang panjang..
    ibu rajin dengar melalui mp3..

    ReplyDelete
  2. salam, terima kasih saudara atas perkongsian..masya Allah, memang nampak tanda - tanda gangguan jin tu ada pd saya..mohon saudara doakan saya agar berjaya mengekang gangguan ni ya..insya Allah

    ReplyDelete
  3. Amin alhamdulilah surat manzil memang berkhasiat luar biasa.

    ReplyDelete