Kepada mereka yang mengalami tanda-tanda seperti di bawah. Bekemungkinan anda telah terkena gangguan jin/makhluk halus.
Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .
TANDA-TANDA KETIKA JAGA·
1. Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
- Suara berubah ketika marah.
- Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia mengigit lidahnya.
- Berjalan terhoyong-hayang.
- Cara makannya menjijikkan.
- Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
- Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
- Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
- Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
- Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.
- Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
- Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
- Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
- Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
- Selalu bermimpi.
- Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
- Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh. Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.
- Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
- Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.
- Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.
- Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atauhaidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentudarahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.
- Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
- Waswas·
- Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
- Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·
- Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
- Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.
TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
- Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·
- Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh·
- la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
- Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakankesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
- Kerap terjaga tidur di waktu malam/serta gelisah.
- Mimpi berjumpa/diserang dengan haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus·
- Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
- Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
- Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·
- Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
Sdra/Puan dan Sahabat semua. Dalil bahawa manusia tidak boleh melihat JIN:
1. Allah s.w.t telah mengisyaratkan dengan firman-Nya:
“Dan pada sisi Allahlah Kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah”. (QS. al-An’am; 6/59)
2. Allah s.w.t berfirman:
“Sesungguhnya ia (syaitan/jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu, dari dimensi yang kamu tidak mampu melihatnya “. (QS.Al A'raf 7; 27)
Nota kaki: Saya mengalami hampir kesemua simpton-simpton diatas.Ternyata memang ada yang nak berkawan dengan saya.Entah kat mana pulak la saya dapat pun tak tahu.Mungkin waktu dikawasan air terjun.Cukuplah kali ini sahaja bawa balik benda asing.huh.Apapun alhamdulillah dah beransur pulih setelah hampir sebulan lebih mengalaminya.Maaf buat insan-insan yang pernah dibenci terutama keluarga dan teman rapat.Masih dalam proses rawatan.doakan saya cepat sembuh.Dugaan itu tidak pernah sepi bagi insan yang inginkan ketemu Tuhan."Sabar" itu sememangnya indah tapi sukar rupanya untuk direalisasikan di realiti.REALITY IS DIFFICULT.
No comments:
Post a Comment