Pimpinan yang lama turun dan pimpinan yang baru naik. Seringkali orang-orang melayu lama menggunakan pepatah "patah tumbuh hilang berganti". Sebelum itu saya nak minta maaf sangat-sangat sekiranya saya tidak bersetuju langsung dengan peribahasa ini.Ataupun peribahasa ni cuma boleh di praktik kan pada sesetengah waktu dan masa sahaja.Senang cerita pepatah ini digunakan oleh orang melayu dulu untuk mengembalikan semangat dan juga berfikiran positif.Memang Allah akan gantikan sesuatu itu kepada sesuatu tetapi sesuatu yang sangat berharga memang tidak ada gantinya.Jika ada sekalipun ia akan mengambil masa yang sangat lama.Sepertimana satu hadith dibawah.
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."(H.R. Muslim)

Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah sukar sekali tumbuh dan hilang sukar mencari ganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Jika patah tumbuh hilang berganti..Ya sememangnya ada ganti.Tapi gantinya tidak seperti yang asal.Lihatlah bagaimana Rasulullah terhadap siti khadijah..Walaupun Allah menggantikan dengan seberapa banyak isteri-isteri sekalipun..tetapi di hati Rasulullah,Khadijah adalah isteri nombor satu.

Jadi saya berharap, janganlah mempraktikkan selalu peribahasa ini.Ini sekadar pandangan saya selaku hamba yang hina. Betapa saya tidak menyukai sesuatu yang dirasakan tidak ada benarnya langsung.Walaupun ia diturunkan oleh nenek moyang atau segalanya.Saya dengan pandangan saya dan anda dengan pandangan anda.Masing-masing mempunyai justifikasi sendiri.
Dan kini sudah ada teknologi yang menggantikan bacaan ustaz-ustaz atau imam untuk al-Quran.Ternyata tanda-tanda kiamat sudah jelas kelihatan. dimana satu saat nanti kita hanya boleh mendengar al-Quran melalui media digital dan elektronik.Tidak lagi dari alunan suara para murabbi. Sedangkan jika anda tahu..beza yang amat ketara saat ayat-ayat suci didendangkan oleh murabbi berbanding alunan murabbi dari media digital.Percayalah..sesuatu itu terkesan dihati kita apabila ia lahir dari hati juga.Mungkin ada yang menyatakan terkesan ketika mendengar suara imam-imam walaupun diradio,youtube dan sebagainya tapi sekali lagi saya nyatakan ia tidak sama dengan mendengar dan belajar secara LIVE.

Anda berhak memilih kerana pilihan ditangan anda. Tapi untuk sesuatu yang berharga nilainya..Patah payah sekali tumbuh..hilang payah sekali mencari ganti.Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment