Pelaburan internet:antara halal & haram

8:54:00 AM

copy paste(Riba : Jangan Ambil Mudah)

Saya ingin menasihatkan umat Islam agar jangan memandang rendah dan remeh terhadap dosa Riba, sehingga boleh mencuba-cuba terlibat dalam sebarang aktiviti yang telah diputuskan oleh para ulama sebagai Riba secara sepakat. Antara bentuk Riba zaman moden adalah Pelaburan High Yield Investment Program (HYIP) melalui internet dan di sebarang institusi kewangan yang menjamin modal dan untung, pinjaman di bank-bank konvensional, kad kredit, insuran dan pelbagai lagi. Bagi mendapat kejelasannya, sila peruntukkan sekdaar 12 minit untuk membuka 'entry' ini.

24 April 2007

video 1 disini
video 2 disini


nota kaki: saya ambil masa dekat bertahun-tahun nak fahamkan masalah-masalah riba' ni.Sampai sekarang masih kabur sebab makin nak faham makin kita ni dipusing-pusingkan dengan orang-orang kafir. Mereka tahu kita faham tentang riba' macam ni haram,depa pun pusing kot lain-lain.Last-last kita pun dah letih nak memahami isu riba' then ikut jela orang-orang/ustaz-ustaz dekat kawasan kita sedangkan ramai para abid sekarang pun yang dah termakan riba'. Terutama urusan jual beli bersyarat.Sesiapa yang sanggup berkongsi ilmu sila lah emelkan pada emel saya nurin1212@gmail.com @ comment disini.Walaupun dah banyak baca artikel dr uzar dan bertanya kat ramai orang2x berilmu masih rasa ilmu ni tak cukup.

akhirnya mengambil keputusan membeli apapun secara cash tanpa melibatkan urusan penangguhan ataupun ansurans. Kalau tak mampu beli mana yang mampu.Pada pandangan saya inilah penyakit yang dihidapi umat islam sekarang bilamana tidak mampu memiliki tapi rasa rakus untuk memiliki dan akhirnya menjerumuskan diri dalam riba'.Sedang kehidupan akhirat itu adalah lebih baik.Saya tidak menyatakan kehidupan dunia ini tidak baik.Kehidupan dunia baik dan kita perlu juga memiliki tetapi kehidupan akhirat jauh lebih baik dan kekal jika kita bersabar dan bersyukur seadanya pada kehidupan didunia.Kecuali kalau kita memang dah jutawan.


wallahu'alam

Senyumlah para daie dalam menegakkan kebenaran meskipun ianya pahit dan dibenci ramai orang :)
post signature

You Might Also Like

2 nasihat

  1. Terima kasih sebelumnya, sangat bagus. Blognya juga bagus.

    Untuk masalah riba memang sudah mendarah daging pada kehidupan di era modern saat ini. Menurut saya, hanya orang yang memiliki tingakt kecintaan terhadap Allah SWT dan Rosulnya yang bisa lepas dari riba ini. Meskipun kita sedah terlepas, tetapi debu-debu riba masih saya menyelimuti kita. Astagfirullah...

    ReplyDelete
  2. izin share gambar

    http://kumpulankonsultasi.blogspot.com/

    ReplyDelete